*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
`Saya tidak boleh dedah kertas kajian kemiskinan Melayu'

KUALA LUMPUR 11 Mac - Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz menegaskan,
beliau tidak boleh mendedahkan kertas kajiannya mengenai punca kemiskinan
orang Melayu dalam Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara 2 (Laporan
Mapen II).

Menurut beliau, ini kerana Laporan Mapen II masih diletakkan dengan status
dokumen rahsia kerajaan yang tidak boleh didedahkan walaupun oleh ahli
majlis termasuk beliau sendiri.
Jelasnya, beliau telah menghubungi Menteri Kewangan Kedua, Datuk Jamaludin
Jarjis petang ini berikutan kenyataan menteri itu dalam sebuah akhbar hari
ini bahawa bahawa beliau (Ungku Aziz) boleh mendedahkan Laporan Mapen II.

``Walaupun saya anggota majlis manakala sebahagian Laporan Mapen II
mengandungi kertas kerja saya sendiri, ini tidak bermakna saya boleh
mendedahkan kandungannya kerana ia masih rahsia.

``Bagaimanapun, saya harap Pemangku Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi akan mengkaji semula status laporan itu dan kemudian
mengarahkan ia diterbitkan,'' katanya.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Jamaludin yang mengulas
kekesalan Ungku Aziz dalam wawancara Mingguan Malaysia, Ahad lalu bahawa
sehingga kini Laporan Mapen II yang mengandungi punca kemiskinan kaum Melayu
belum diterbitkan oleh kerajaan.

Dalam wawancara bertajuk Melayu dan Pemikiran Ungku Aziz itu, beliau dipetik
sebagai berkata:

``Kita kena cari punca-punca kemiskinan ini. Saya menulis banyak kertas
kerja (mengenai kemiskinan) termasuk untuk Mapen I dan Mapen II. Tetapi
sehingga kini orang ramai belum membacanya sungguhpun ada kesediaan pihak
atasan menerbitkan laporan Mapen II itu.

``Nampaknya ia masih dirahsiakan. Saya hairan kenapa ia masih dirahsiakan
dan kenapa orang Melayu sendiri tidak boleh membaca satu laporan yang begitu
tebal yang memikirkan dan memberi banyak maklumat tentang punca-punca
kemiskinan orang Melayu.''
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2003&dt=0312&pub=Utusan_Malays
ia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke