*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum sdra, sdri yang dihormati sekelian semuga sentiasa didalam rahmat dan keredhaan ALLAH.

Bismillahirrahmanirrahim,

Mari kita sambung lagi perbincangan mengenai Syahadah ini:

2.Syarat sah Syahadah yang kedua ialah Kasih akan segala Malaikat.

Malaikat-malaikat adalah makhluk yang dijadikan hanya untuk berkhidmat kepada ALLAH. Mereka ditugaskan menjaga semua alam kerana kita...merekalah yang membantu membawa rezeki kpd kita. Kita ingat kitalah yang cari rezeki sendiri, padahal ALLAH dah tugaskan malaikat-malaikat membantu kita.
Di dalam badan kita sahaja ada 360 malaikat yang sedang bertugas... setiap saraf, setiap saluran darah, setiap pengeluaran enzyme sewaktu penghadzaman makanan, setiap aktiviti didalam badan kita ada malaikat yang membuat kerja. Jangan kita fikir yang sel-sel dalam badan kita semuanya bergerak dengan sendiri tetapi kita kena sedar dan faham, ada petugas yang sedang berkhidmat.
Para-para doktor apabila memberi rawatan kepada pesakit hendaklah sentiasa kaitkan dengan ALLAH supaya tidak rosak Aqidah... ada malaikat ALLAH yang sentiasa membantu.
Tidak salah kita mengkaji dan menyelidik dari segi ilmu Sain, walaupun 1 ekor kuman yang kecil tetapi kita berpegang kuat kpd tauhid kita dengan ALLAH.
Sewaktu ibu-ibu melahirkan anak, malaikatlah yang membantu proses kelahiran itu... Siti Hawa melahirkan anak, malaikatlah yang menjaganya.
Dengan malaikat kita kena kasihkan mereka, mereka sentiasa berdoa untuk kita, hinggakan manusia jahat dan derhaka kpd ALLAH pun mereka tolong.
Rasulullah SAW amat kasihkan malaikat.
Malaikat adalah kawan kita, kenapa kita tak berkawan dengan malaikat?
Didalam peperangan Badar, para malaikat turun membantu dan sewaktu itu kita boleh nampak mereka. Para syaitan juga turun dengan menyamar seperti orang Yaman. Bila syaitan nampak malaikat turun, berkeliaranlah
syaitan lari.
Sekiranya kita nak berkawan dengan malaikat, kenalah kita berbuat baik, kenalah kita kasih dan cinta ALLAH.
Ulama-ulama yang berkawan dengan malaikat, mereka tidak takut dengan dunia dan ancamannya.
Rasulullah SAW bersahabat karib dengan Jibril.
Ada 10 malaikat yang wajib diketahui.
Kita nak berkasih dengan Tuhan, kita tak nampak Dia, tetapi dengan malaikat mereka boleh menjelma, boleh kita nampak kalau kita panggil mereka.
Cuba kita tanya diri kita adakah kita dah kasihkan malaikat?
Kita baca syahadah dengan lidah sahaja tetapi tidak menghayatinya.
Jadi syarat sah syahadah yang kedua pun belum selesai lagi, macam mana kita nak khusyuk sembahyang!
Sebab itulah umat Islam menderita kerana kita masih belum memenuhi syarat-syarat syahadah.


3. Syarat sah syahadah yang ketiga ialah kasih akan kitab ALLAH.

Allah turunkan Al Quran, Injil, Zabur dan Taurat kepada manusia melalui Rasul-Rasul dan para-para malaikat... yang kita panggil wahyu.
Wahyu diturunkan kepada makhluk-makhluk ALLAH yang bersih, maksum iaitu bersih dari dosa, sudah tentulah kitab-kitab ALLAH ini sesuatu yang bernilai dan berharga.
Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sewaktu nak pegang AlQuran kenalah berwudhuk, suci dari hadas kerana Al Quran itu datang dari ALLAH.
Kitab ALLAH kita simpan dan jaga elok-elok...surat kekasih kita. Bila kita baca, kita faham dan hayati sungguh-sungguh.
Kita sentiasa rindu nak membaca 'surat cinta' yang datang dari ALLAH... adakah kita sudah ada rasa kasih akan kitab ALLAH? Sdra, sdri bolehlah jawab untuk diri sendiri.
Janganlah pula kita asyik nak membaca Al Quran untuk mengejar fadhilat-fadhilatnya tetapi kita tidak tanamkan rasa cinta dan kasih akan Tuan punya Al Quran itu.


Marilah kita bersam-sama berusaha untuk menyemai dan menyuburkan rasa kasih kita kepada malaikat dan kitab ALLAH semuga Syahadah yang kita lafaz dan tasdiqkan itu akan memberi hasil yang sepatutnya.

InsyaALLAH kita akan sambung lagi dilain masa. Yang benar dan baik itu semuanya datang dari ALLAH, terimalah. Yang cacat dan salah itu datangnya dari kelemahan dan nafsu saya sendiri, betulkan dan maafkanlah.

Ampun maaf,

Ustaz Abd Adzis Ismail





_________________________________________________________________
Using a handphone prepaid card? Reload your credit online! http://www.msn.com.my/reloadredir/default.asp



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke