*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mula-mula Revolusi Islam Iran muncul kira-kira 30 tahun, maka sayalah
orang Malaysia menyokong kuat kebangkitan Islam di Iran. Saya membaca
banyak buku-buku dan majalah Syiah Iran. Kita orang kira Iran ialah
CONTOH ummat Islam yang paling berani. Semangat saya berkobar-kobar
kerana menaruh harapan kepada Iran. Mereka tu memberi semangat kpd
kita semua supaya menentang rejim-rejim sekular. Tapi, bila Afganis-
tan dan Iraq diserang, kita rasa seolah-olah Iran sudah kehilangan
taring. Semasa Perang Teluk 10 tahun dulu, ada orang PAS mengulas
dalam HARAKAH bahawa dia kecewa dengan sikap Iran yang berdolak-
daleh tidak mahu berperang dengan Amerika. Ini kerana ketika itu Ayatul-
lah Imam Khomeini sudah mati, maka semangat orang-orang Iran sudah 
luntur. Ketika itu Iran membuat alasan takut infrastruktur mereka 
dimusnahkan oleh Amerika. Sebab itu mereka tidak mahu berperang dengan
Amerika. Di saat Iran berkata begitu, saya mula curiga terhadap
Iran dan ramai orang-orang PAS ada juga berasa begitu.

Saya masih ingat sebelum Perang Teluk berlaku, rombongan PAS (termasuk
TG Haji Hadi & Ust Fadhil Noor) pergi bertemu Saddam Hussein untuk
memberi semangat menentang Amerika. Maka Iran ketika itu bersikap
berkecuali. Iran ada sedikit memberi amaran kepada Amerika supaya
jangan menceroboh wilayah Iran, jika tidak Iran akan melibatkan
diri dalam Perang Teluk. Setakat itu saja.

Kita seolah-olah meminta kpd Iran ...tolonglah lawan Amerika kerana
merekalah yang paling kuat semangat Islam. Begitu juga sudah ada
orang-orang Arab sudah curiga terhadap Iran. Cakap mereka tak serupa
bikin. Iran tidak boleh diharap. Mereka lebih setuju Iraq dihancurkan
oleh Amerika, kononnya mereka benci kepada Saddam Hussein. Iran
berjanji melindungi ummat Islam, tapi sekarang ...apa Iran buat?

=============

Hamzah Sallim wrote:
> 
> Kuwait, Sunni ... Salafi lagi. Afghanistan, Turki (Erdogen), ... , kita

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke