*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Restoran Eropah henti jual Coca-Cola, Marlboro


FRANKFURT: Barangan keluaran Amerika Syarikat (AS) terus menerima kesan
akibat pencerobohan tentera AS di Iraq apabila beberapa lagi restoran di
Eropah menghentikan jualan minuman ringan Coca-Cola, rokok Marlboro dan
beberapa jenama AS sebagai bantahan serangan itu.

Di bandar raya pelabuhan Hamburg, 10 pemilik restoran Perancis, minggu lalu
mengambil keputusan memotong minuman beralkohol, tembakau dan beberapa
barangan jenama AS daripada menu mereka.

Jean-Yves Mabileau daripada L'Auberge Francaise, berkata dia gembira untuk
turut serta dalam tindakan memulaukan barangan AS itu bagi membalas tindakan
memulau barangan Perancis di AS dan sebahagian lagi sebagai bantahan
serangan AS terhadap Iraq.

Malah dia turut mengugut untuk terus melakukan tindakan memulaukan barangan
AS jika serangan tidak dihentikan segera.

"Jika Amerika meneruskan pencerobohan itu, saya tidak akan menerima kad
kredit American Express dan kad kredit AS lain," katanya yang tidak fikir
tindakan itu menjejaskan perniagaannya.

Pemulauan barangan AS itu tidak hanya terhad di Jerman kerana beberapa laman
web menggesa penduduk Eropah berhenti menggunakan barangan AS dan beberapa
negara lain turut mengambil langkah sama.

Pengeluar filem Greece termasuk pengarah yang pernah memenangi anugerah,
Theo Angelopoulos, juga menggesa filem AS dipulaukan sebagai bantahan
pencerobohan itu.

Bagaimanapun, tindakan pemulauan itu tidak disenangi persatuan perdagangan
utama Jerman-AS yang memberi amaran usaha itu hanya akan memberi kesan
negatif lebih kepada ekonomi tempatan berbanding AS.

"Coca-Cola yang diminum di Jerman dikeluarkan di Jerman dengan menggunakan
tenaga penduduk tempatan dan mereka akan hanya menyusahkan diri sendiri,"
kata Ketua Dewan Perdagangan AS yang berpangkalan di Frankfurt.

Sentimen itu turut dilaungkan oleh jurucakap McDonald's Jerman, Ricarda
Ruecker, yang berkata syarikatnya tidak melihat sebarang penurunan dalam
jualan.

"Syarikat kami bekerja keras menyampaikan mesej produk itu ialah keluaran
Jerman. Nama tidak membawa sebarang makna. Pemulauan di Jerman hanya akan
merosakkan ekonomi di sini," katanya. 

Tinjauan baru-baru ini menunjukkan lebih 80 peratus rakyat Jerman menentang
serangan di Iraq dan menyokong penuh pendirian Canselor Jerman, Gerhard
Schroeder yang membantah tindakan AS menceroboh Iraq.

Sementara itu, ketika banyak tindakan mensasarkan pemulauan terhadap
syarikat AS, seorang doktor di bandar Rendsburg di utara Jerman mengambil
tindakan lebih bersifat peribadi menyatakan bantahannya terhadap
pencerobohan itu.

Di pintu bilik Dr Eberhard Hoffmann, 61, diletakkan amaran supaya pesakit
dari AS atau sekutunya tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di situ. 

"Saya tidak menerima pesakit AS dan Britain dan sesiapa saja yang menyokong
serangan itu mendapatkan rawatan saya. Serangan di Iraq ialah jenayah,"
katanya. - AP
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20030402005309/Articl
e/

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke