Assalamualaikum wrt wbt ,

Artikel dibawah ini telah disiarkan di dalam Utusan
Malaysia pada tahun 2001. Namun saya siarkan semula
untuk tatapan semua khususnya mereka yang berada dalam
kawasan yang mengamalkan adat perpatih. Ini
memandangkan tiada usaha yang dilakukan oleh mana-mana
pihak untuk mengkaji semula adat ini mengikut
kesesuaian zaman, dimana kita akan dapati daerah yang
mengamalkan adat perpatih ini seperti Rembau, Sri
Menanti, Kuala Pilah, Johol mempunyai banyak rumah
yang tersergam indah terbiar menunggu masa rebah ke
bumi. Begitu juga dusun yang tidak terurus yang
akarnya sudah memanjat pucuk pokok buah. Sedangkan
waris lelaki ada yang hidup menumpang tanah orang lain
kerana tanah pusaka tiada hak atasnya mendirikan
walaupun setapak rumah. Sekiranya ada suara yang
berani mengatakan Al Quran perlu ditafsir semula untuk
mengikuti kehendak semasa, kenapa adat ini tidak
dinilai semula untuk mengikuti perkembangan semasa ?

Bak kata adat : 
Adat bersendikan hukum , hukum bersendikan kitab Allah
Syarak mengata, adat menurut

Rozmal bin Malakan, Rembau ( Lela Maharaja)

**********************************************************************************************************


Generasi muda mahu adat perpatih diubahsuai 
04/01/2001

Saudara Pengarang,
JIKA kita pergi di Negeri Sembilan di mana adat
perpatih diamalkan di antaranya di kawasan Rembau,
kita akan dapati banyak rumah-rumah lama yang asasnya
masih kukuh ditinggalkan begitu sahaja. 

Tidak kurang juga dusun-dusun yang masih ada pokok
buahnya ditinggalkan tidak diurus. Bagi generasi muda
yang tidak memahami adat perpatih mereka akan
mengambil jalan mudah untuk menyalahkan adat perpatih
itu yang menyebabkan berlakunya senario demikian.

Mereka yang mengasaskan adat perpatih ini mempunyai
niat yang baik pada asasnya, iaitu untuk menjaga
masyarakat di ketika itu dengan adat dan undang-undang
yang dibentuk supaya masyarakat dapat hidup dengan
harmoni dan tidak berpecah belah. 

Secara ringkasnya adat itu diolah mengikut kesesuaian
masyarakat ketika itu dan ia berkemungkinan telah
dibuktikan kejayaannya dan praktikalitinya di zaman
silam.

Persoalannya sekarang adakah adat perpatih yang ada
pada ketika ini dapat membentuk masyarakat yang dapat
hidup harmoni, saling berkasih sayang, sering bertanya
khabar, tiada rumah dan tanah terbiar, tiada saudara
hidup menumpang di tempat lain? 

Jika tidak adakah ia berpunca daripada adat itu
sendiri atau pengamal adat itu? Kami generasi muda
merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana kami
memang percaya nenek moyang kami yang mengasaskan adat
perpatih mempunyai niat yang baik iaitu untuk
melindungi keluarga dan masyarakat. 

Mengapa sekarang ini sebaliknya pula yang berlaku.
Contoh paling mudah ialah mengapa tanah pusaka tidak
boleh dibahagikan kepada saudara kita yang hidup
merempat akan tetapi jika tanah pusaka itu di dalam
pelan pembangunan kerajaan untuk dibuat jalan, saluran
paip dan sebagainya, adat tadi sudah boleh diubah? 

Kesimpulannya di sini mungkin untuk mengubah adat itu
tidak semudah yang dicakapkan, cuma fikirkanlah
bersama adakah adat tadi masih lagi melindungi
masyarakat secara umumnya. - ROZMAL MALAKAN, Senawang,
Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0104&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_04.htm&arc=hive



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Give hope to a child.
Helping a needy child is easier than you think.
Click here to meet someone who needs your help.
http://us.click.yahoo.com/.6JB_B/iJlJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke