Yayasan Amal M’sia NS pelawa sukarelawan ke Acheh

Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan
sekarang ini sedang membuka pelawaan kepada semua
muslimin dan muslimat yang berkelayakan untuk
menyertai misi Kemanusian dan Pemulihan Mangsa Tsunami
di Acheh Indonesia. Yayasan Amal adalah merupakan
sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dan
telah menghantar dua misi setakat ini ke Acheh serta
telah mendirikan sebuah Pusat Kesihatan di sana dengan
kerjasama Muslim Aid International.

Kelayakan untuk sukarelawan untuk ketika ini ialah :
1. Muslimin atau muslimat
2. Dari kumpulan doktor perubatan, paramedik atau
pembantu perubatan atau mereka yang boleh membantu
kumpulan perubatan.
3. Sihat tubuh badan.
4. Mempunyai passport antarabangsa
5. Tempoh masa perkhidmatan 2-3 minggu
6. Wang perbelanjaan RM 500 untuk kegunaan sendiri

Mereka yang tidak memenuhi kriteria di atas masih
boleh membantu pasukan sukarelawan ini dengan mencari
mereka yang difikirkan layak untuk pergi serta
membantu untuk menyediakan wang perbelanjaan mereka.

Jadual penghantaran sukarelawan Yayasan Amal Malaysia
ke Acheh untuk bulan Januari ialah pada 16, 19 dan 24
Januari 2005.

Dalam pada itu Yayasan Amal Malaysia N.Sembilan juga
sedang mengumpulkan barang-barang keperluan untuk
mangsa-mangsa Tsunami di Acheh yang akan dihantar
melalui pelabuhan Klang, untuk para penyumbang sekitar
N.Sembilan.

Barangan berikut telah dikenalpasti untuk memudahkan
proses pengumpulan, pembungkusan , penghantaran serta
pengagihan : 
1. Beras dalam pek 10 kg.
2. Bungkusan mi segera.
3. Biskut dalam tin.
4. Tepung.
5. Sardin/Tuna dalam tin.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah
menghubungi :
Ketua Operasi Yayasan Amal M’sia NS , Sdr Sufian di
013-3589328

Sebarang surat menyurat bolehlah dialamatkan ke :
Sekretariat
Yayasan Amal Malaysia N.Sembilan
No 144, Jalan 6,
Taman Alamanda
70450 Senawang
N.Sembilan

e-mel : [EMAIL PROTECTED]



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - now with 250MB free storage. Learn more.
http://info.mail.yahoo.com/mail_250


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke