Harian Metro 19 Jan 2005

Edisi KL: Kasut mahal kulit babi (Dilampirkan gambar
kulit babi)

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[EMAIL PROTECTED]

KUALA LUMPUR: Seorang kenamaan (VIP) dikatakan ‘naik
angin’ berikutan rasa tertipu akibat terbeli sepasang
kasut berjenama terkemuka yang sebahagiannya dibuat
daripada kulit babi.

Beliau hanya menyedari kasut buatan Sepanyol dan
bernilai hampir RM1,000 itu terdapat bahan kulit babi
pada bahagian dalam dan tumit selepas membawanya
pulang ke rumah.

Beliau membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang
segera memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim).

Berikutan aduan itu, sepasukan tiga pegawai penguat
kuasa KPDNHEP dan dua pegawai Jakim membuat
pemeriksaan mengejut di kedai yang menjual kasut itu
di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, tengah
hari semalam.

Hasilnya, mereka menemui berpuluh-puluh pasang kasut
berjenama terkemuka dari luar negara yang disyaki
diperbuat daripada kulit babi berdasarkan tanda tiga
bintik kecil pada permukaan kulit.

Sumber Jakim berkata, pemilik kedai berkenaan mendakwa
hanya mengetahui mengenai kasut itu diperbuat daripada
kulit babi tiga hari lalu selepas menerima aduan sama
daripada mangsa.

“Apabila disoal siasat, dia menyalahkan syarikat
pengedar yang sebelum ini berjanji hanya akan
mengeksport kasut yang sesuai dengan pasaran negara
ini.

“Mereka juga bersetuju mengasingkan kasut daripada
kulit babi itu dengan yang lain,” katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, pemilik kedai itu
gagal meletakkan notis atau tanda peringatan bagi
membezakan antara kasut biasa dan kasut berkulit babi.

Tindakan itu ternyata menyalahi undang-undang dan
pengusaha seharusnya lebih peka terhadap isu sensitif.

“KPDNHEP dan Jakim melakukan siasatan mengikut
prosedur ditetapkan. Oleh itu, pemilik kedai itu wajib
mematuhi segala arahan serta tidak memandang remeh
perkara ini.

“Walaupun dia mendakwa jualan kebanyakan kasut bersaiz
besar itu disasarkan kepada pelancong asing namun
tidak mustahil ada antara pembeli pengguna Islam,”
katanya.

Sumber terbabit berkata, pihaknya mengambil contoh
empat pasang kasut untuk dihantar ke Jabatan Kimia
bagi pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, KPDNHEP dan Jakim turut melakukan
pemeriksaan sama di sebuah lagi kedai menjual kasut di
pusat beli-belah berkenaan dan menemui sepasang kasut
wanita dan sepasang kasut lelaki disyaki diperbuat
daripada kulit babi.

“Tindakan pemeriksaan seperti itu akan diteruskan di
beberapa pusat beli-belah lain bagi memastikan pekedai
mematuhi arahan dengan mengasingkan kasut berkulit
babi dengan kasut lain.

“Umat Islam dinasihati berwaspada kerana kulit babi
ini boleh menyebabkan sembahyang dan ibadat si pemakai
tidak sah selain perlu disamak dengan air lumpur jika
tersentuh,” katanya. 

Dalam kes 10 Disember tahun lalu, Harian Metro turut
mendedahkan penemuan beratus pasang kasut dan sandal
diperbuat daripada kulit babi yang dijual di sebuah
kedai di Sungai Buloh.

Siasatan mendapati, kulit babi pada kasut terbabit
boleh dikenal pasti berdasarkan struktur permukaan
kulitnya yang mempunyai tiga bintik kecil serata yang
berhampiran antara satu sama lain.



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more.
http://info.mail.yahoo.com/mail_250

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

<<inline: Kulit.jpg>>

Kirim email ke