PENGENALAN

Akhbar Mingguan Malaysia pada hari Ahad lepas, 16 Januari 2004, menyiarkan berita makam ulamak besar Aceh, Syeikh Abdul Rauf Singkel yang rosak teruk akibat tsunami.

Suatu pesta hiburan telah diadakan di persisiran pantai berhampiran makam tersebut pada 25 Disember lalu, walaupun telah ditegur oleh seorang kiai. Sama ada ia satu kebetulan atau tidak, keesokan harinya tsunami melanda dan memusnahkan dua kampung yang ada di situ iaitu Kampung Syiah Kuala dan Kampung Alun Naga.

Siapakah Abdul Rauf Singkel?

KELAHIRAN

Beliau adalah tokoh ulamak tersohor di Nusantara pada kurun ke-17 yang dilahirkan di Kabupaten Singkel, sebuah daerah kecil di Aceh Selatan pada tahun 1620, iaitu lebih 100 tahun selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis.

PENDIDIKAN

Pendidikan pertamanya adalah dari ayahnya, Syeikh Ali,  seorang alim yang juga mempunyai pesantren. Beliau kemudian berguru di Fansur, Aceh. Beberapa tahun kemudian, beliau berguru dengan seorang lagi tokoh ulamak Aceh iaitu  Syeikh Shamsuddin Al Sumatrani di Banda Aceh.  

Beliau merantau ke Tanah Arab  pada tahun 1642 dan belajar dari 19 guru dan 27 ulamak di dalam berbagai disiplin Ilmu Islam. Tempat belajarnya adalah di sepanjang perjalanan untuk mengerjakan haji, mulai dari Doha, Yaman, Jeddah, Makkah serta Madinah. Keintelektual beliau adalah sangat tinggi berkat didikan para ulama terkemuka saat itu. Pengetahuannya sangat lengkap dari syariat, fiqh, hadis, ilmu kalam dan tasawuf.

MENGAJAR

Kemudian beliau mengajar di Mekah & Madinah. Kemudian, selepas 19 tahun berada di Tanah Arab, beliau memutuskan kembali ke Aceh sekitar tahun 1662 dan mengajar di madrasahnya di Kuala Sg Aceh. Ramai murid datang berguru dengannya dari seluruh Nusantara. Antara murid-muridnya yang menjadi ulama terkenal ialah Syeikh Burhanuddin Wafan dari Minangkabau, Abd Al Muhnyi dari Jawa Barat, Dawud Al Jawi Al Fansuri  dan Ismail Agha Mushthafa Agha 'Ali Al Rumi dari Turki.

BIDANG PENTADBIRAN

Karena pengetahuannya yang luas, Sultanah Safiyatuddin Tajul Alam (1645 – 1675) telah melantik beliau menjadi Perdana Menteri yg bertanggung jawab memberi nasihat di dalam bidang agama, sosial, kebudayaan dan pentadbiran. Beliau bertanggung jawab di dalam penyusunan semula pentadbiran Aceh yang hancur akibat perang dengan Portugis di Melaka (1629). Hasilnya Aceh pulih semula sebagai pusat Islam & kebudayaan Melayu di Nusantara.

BIDANG KEAGAMAAN

Beliau merupakan tokoh kesufian, ahli hukum Islam & pendakwah ulung di Nusantara.

·         Hukum Islam – beliau amat berjasa besar kerana fatwa & karangan beliau diterima kerana mudah difahami & amat jelas.

·         Tafsir Al Qur’an – orang pertama menterjemahkan Al-Qur’an ke dalam Bahasa Melayu. Buku tafsirnya Al Baidhawi masih diterbitkan di Mesir hingga ke hari ini.

·         Dakwah – menyebarkan Islam dengan mendirikan madrasah, mengajar & menulis tentang Islam.

MENINGGAL DUNIA

Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun. Beliau juga digelar “Tengku Syiah Kuala”. Sebagai mengenang jasa & menghormati peribadi beliau, sebuah universiti di banda Aceh telah dinamakan sempena nama beliau iaitu Universiti Syiah Kuala.

 



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke