Potret Sultan Muhammad Al-Fatih yang dilukis
oleh Gentile Bellini pada tahun 1476
Masihi ini masih tersimpan di Muzium London sehingga
kini. HADIS RASULLAH SAW TENTANG
PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE Sabda Rasulullah saw ketika menggali
Parit Khandaq; "..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera
Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera……” Hadis riwayat Imam
Ahmad Kerana itu, umat Islam
berlumba-lumba membebaskan Constantinople tetapi kesemua kempen yang dilancarkan
menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di
zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan
Usmaniyah. Hadis ini direalisasikan hampir 700 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah bersama-sama 150,000 tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” & “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut. PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432
Masihi di Adrianapolis. Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya
telah bermula hampir 700 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai
“sebaik-baik raja” di dalam
Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih & Muhammad The Conqueror kerana
kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda naik takhta ketika
berusia 19 tahun dan memerintah
selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera
agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei
1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah yang berpendapat Baginda mangkat
diracun. PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang Ilmu Agama, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam Ilmu Peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang Ilmu Akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya dan fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi & Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang pada waktu itu baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Tidak hairanlah jika dalam usia muda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh. KEPERIBADIAN Baginda sentiasa tawadhu’ & rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama. Baginda seorang yang sentiasa
tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.
Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang
permasalahan negara. PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenalpasti kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan
perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1
batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5
batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang
telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi
kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda mengadakan perjanjian damai
dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople bila
diserang nanti.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS
CONSTANTINOPLE Setelah segala persiapan lengkap
diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah.
Beliau enggan, mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453,
serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah
dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara
Bergerak Seterusnya Baginda mengarahkan
penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan
memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut
setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope
Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5
buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn
direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini
menaikkan semula semangat tentera Bizantin. Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak
Gunung Kegembiraan mereka tidak lama.
Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang
Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda
mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke
perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare
strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.
Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin
habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi
semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan
semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw
dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt. Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah
cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga & cuba merobohkannya dengan
lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda
memerintahkan tenteranya berundur & bedilan meriam diteruskan sehingga
tengahari. Karisma Seorang
Pemimpin Pengepungan selama 53 hari tanpa
sebarang tanda-tanda kejayaan telah
menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat
yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai
tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid
ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate,
salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan
melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka
kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian
tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan
Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Penawanan
Constantinople Pada 29 Mei 1453, Kota
Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan).
Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan
tawadhuknya melakukan sujud syukur. SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK
TENTERA Pada kali
pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak
menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun
lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah
meninggalkan solat fardhu sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk,
kerana tidak seorang pun di antara
mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya
lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah Kali ini semuanya duduk,
kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih
sendiri. Baginda tidak pernah
meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak
baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah
sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya
itu. Copyright reserved to Fatkurradzi Jamil
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
|
Title: Fiesta