Kenapa projek komersial Pihak Berkuasa Tempatan tiada
pelanggan ?

Cuti sempena Sambutan Maal Hijrah dan Tahun Baru Cina
yang lalu memberi peluang kepada saya melalui beberapa
daerah di Negeri Sembilan dalam perjalanan ke pantai
timur. Apa yang menarik perhatian ialah beberapa tapak
perniagaan yang dipercayai dibina oleh pihak berkuasa
tempatan samada tidak berpenghuni atau sudah mula
menunjukkan kesan ianya akan lama kelamaan roboh dan
menjadi sarang penagih dadah atau hanya akan menjadi
tempat persinggahan lembu-lembu dan kambing-kambing
milik penduduk setempat.

Ianya bermula di daerah Rembau, sebuah kompleks
perniagaan di Pedas milik Majlis Daerah Rembau,
tersergam indah berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis
Daerah Rembau dan Balai Bomba Daerah Rembau, tapi
tidak nampak sebarang tanda-tanda perniagaan giat
dijalankan di kompleks tersebut.

Perjalanan seterusnya ialah melalui kawasan Sg. Gadut
, Seremban. Sebuah kawasan perhentian dengan sederet
lot kedai, terdapat sebuah wakaf serta tandas awam.
Tidak pasti milik pihak berkuasa tempatan daerah mana,
samada Majlis Perbandaran Nilai atau Majlis
Perbandaran Seremban. Yang pasti, pintu-pintu kedainya
sudah roboh, pintu-pintu tandasnya sudah tiada, hanya
sekali-sekala ada peniaga jalanan yang mendirikan
gerai sementara tepi jalan untuk menjual minuman,
sedangkan bangunan gerai kekal sedia ada dibiarkan
rebah ke bumi.

Mengambil jalan pintas kami masuk ke Taman Tuanku
Jaafar, Senawang. Terdapat pula kawasan yang didirikan
deretan gerai, menurut ceritanya projek ini bertujuan
untuk menggantikan gerai-gerai sedia ada yang tidak
tersusun. Malangnya kawasan gerai milik pihak berkuasa
tempatan ini tidak strategik, memanjang ke dalam,
hanya satu jalan masuk dan keluar. Ini akan
mengakibatkan tiada siapa yang akan mengambil lot
gerai yang bahagian hujung. Akhirnya kawasan ini hanya
dijadikan tapak pasar malam dan sekali-sekala
dijadikan tempat bermain bola oleh sekumpulan remaja.

Kemudian menyusur jalan Bukit Putus menuju ke Kuala
Pilah. Terdapat satu kawasan rehat dan rekreasi yang
baru didirikan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah di
sebelah kiri jalan, sedangkan disebelah kanan jalan
ialah kawasan rehat dan rekreasi Ulu Bendul yang sedia
ada sejak sekian lama.  Dari jauh diperhatikan
bangunan dua tingkat yang menempatkan gerai-gerai
seolah-olah sudah menjadi tempat “jin bertendang”,
hanya terdapat satu laluan masuk dan keluar.

Beberapa kilometer selepas itu terdapat pula satu masa
dahulu KompleksTaman Budaya Sri Menanti yang tersergam
indah yang dikelilingi kawasan padi yang subur sebagai
salah satu projek agro pelancungan. Namun seolah-oleh
kompleks berkenaan seperti tidak terurus, sentiasa
berkunci, seolah-olah ianya kawasan tarikan pelancong
mengikut musim bukannya sepanjang musim.

Melepasi pekan Kuala Pilah pula sebelum sampai ke
pekan Batu Kikir terdapat satu lagi kawasan rehat dan
rekreasi “sesat”. Juga tidak pasti samada milik Majlis
Daerah Kuala Pilah atau Majlis Daerah Jempol. Untuk
masuk ke kawasan rehat dan rekreasi ini pengguna jalan
raya harus mengambil laluan keluar masuk yang agak
berbahaya. Dan kawasan rehat dan rekreasi ini tidak
menarik perhatian langsung memandangkan gerai-gerainya
membelakangkan jalan utama. Yang pasti kawasan rehat
dan rekreasi ini telah terbiar dan tidak berpenghuni
sejak ianya mula dibuka.

Mengapa fenomena ini berlaku ? Apabila isu ini
dibangkitkan dalam akhbar, mulalah pelbagai pihak
menuding jari. Ada wakil rakyat yang memberi pandangan
bahawa kurang promosi dilakukan untuk menarik peniaga
dan pelanggan mengunjungi kawasan berkenaan. Adakah
kajian terperinci dilakukan oleh pihak berkuasa
tempatan sebelum sesuatu projek itu dilakukan atau
ianya semata-mata untuk menghabiskan bajet tahunan
yang sedia ada ? Jika kita perhatikan pihak Jabatan
Kerja Raya sebelum mendirikan lampu isyarat di sesuatu
simpang mereka akan mendirikan khemah dan membuat
kajian serta mengambil statistik akan kadar kenderaan
yang lalu ditempat berkenaan pada setiap hari selama
beberapa tempoh tertentu. 

Apakah pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai cukup
pakar Perancang Bandar yang mengkaji aspek-aspek yang
boleh menarik perhatian peniaga serta pengunjung ?
Kaum Cina contohnya, mereka mempraktikkan apa yang
dinamakan “Feng Shui” untuk mempastikan tapak
perniagaan mereka kelak akan menjadi tempat kunjungan
ramai.

Kadang-kadang diperhatikan projek-projek yang
didirikan oleh pihak berkuasa tempatan ini tidak masuk
akal. Ianya kadang-kadang didirikan hanya mempunyai
satu jalan masuk dan satu jalan keluar. Ianya
didirikan dikawasan yang bukan tumpuan ramai seperti
tempat yang sepatutnya ada stesen minyak, taman
perumahan atau perhentian kenderaan awam. Ianya
didirikan dikawasan yang telah sedia ada tumpuan ramai
yang mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri.

Walau apa pun yang pasti mendapat keuntungan dari
projek-projek seperti ini ialah para kontraktor yang
menaikkan bangunan, gerai serta kompleks tersebut,
serta pemilik tanah sekiranya mereka mendapat pampasan
yang lumayan. Tidak hairanlah jika kita perhatikan
peniaga minuman, cendol atau air batu campur lebih
selesa berniaga walaupun hanya dengan meletakkan meja
dan payung kerana mereka ini lebih pakar untuk
mengetahui mana tempat tarikan pengunjung. Mungkin ada
baiknya diambil mereka ini bekerja di majlis-majlis
daerah atau majlis-majlis perbandaran sebagai pakar
perancang bandar bahagian bangunan perniagaan untuk
peniaga kecil.

Rozmal bin Malakan
Senawang, N.Sembilan
[EMAIL PROTECTED]





        
                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - You care about security. So do we. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke