Assalamualaikum,

Biasanya banyak peringatan dan tazkirah yang kita terima adalah berunsur negative. Peringatan tentang kematian dan seksa kubur, neraka, etc. Lebih banyak 'skewed' kearah 'larangan' daripada 'insentif'. Kalau kita lihat dunia hari ini, dalam mengejar kecemerlangan, kita di beri 'carrot', jarang sekali 'stick'. Kecuali dalam kes yang betul-betul non-performance, the ultimate stick - buang kerja - di berikan...

Pekerja hari ini tidak menfokuskan kegiatan harian utk supaya 'tidak dibuang kerja'. Tapi kearah utk mendapat 'employee of the year', ataupun 'summit award', etc.

Dalam buku 'Awaken your Giant within', Anthony Robbin mengatakan dalam mengendalikan kereta F1, kita kena tumpukan mata kearah mana kita nak pergi, bukan kepada 'berhati-hati supaya tidak terlanggar tembok...' Dia kata, kalau kita fokus kepada 'tak mahu langgar tembok', kita pasti akan langgar tembok.... Itu pengalaman beliau.... bila dia tukar fokus kepada lorong yang dia mahu masuk... secara automatis, dia tak langgar tembok... lupakan tembok seolah-olah ia tiada, tumpukan pada lorong yang nak dituju.... anda pasti berjaya...

Saya rasa begitu juga dalam soal akhirat. Fokus kepada : selepas aku mati nanti, aku mahu malaikat sambut ku dengan 'karpet merah'. Atau pun : menunggu dalam 'First Class Lounge', yang nyaman, dengan pelbagai buah-buahan dan makanan yang enak-enak....

Adakah dengan menukar paradigma sebegini, kehidupan kita di dunia ini akan menjadi lebih berkualiti, dan tanggapan kita pada kematian itu menjadi sesuatu yang kita tunggu-tunggu? Macam kerinduan nak balik kampung setiap kali musim cuti?


wassalam.
<x-tad-smaller>
</x-tad-smaller><x-tad-smaller>
Radzi.
</x-tad-smaller>
Rasulullah menyarankan bacaan ketika melawat kubur: 'Assalamu alaikum ya ahli dar-al qaumil-muslimin, wa inna insya Allah laahikun...'; Salam sejahtera kepada kalian penghuni negeri orang-orang Islam, kami insya Allah akan menyusul pulang....

Kirim email ke