Date: Wed, 16 Mar 2005 20:54:43 -0800 (PST)
From:
penerangan_keadilan<[EMAIL PROTECTED]>


KENYATAAN MEDIA - ANGKATAN MUDA MALAYSIA
17 MAC 2005

TARIK SEMUA PRODUK YANG DIRAGUI DARI PASARAN

Angkatan Muda Malaysia memandang serius mengegani
perkembangan sosej “halal” yang menggunakan usus babi
sebagai sarungnya.

Ini merupakan pencabulan hak asas umat Islam untuk
mendapatkan keselesaan makanan halal mengikut syariat
Islam.

Menurut laporan media Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) dan beberapa agensi berkenaan
baru-baru ini yang menyerbu ke sebuah pusat memproses
sosej yang berada di Selayang dan telah menemui
penemuan yang menggemparkan apabila mendapati
sosej-sosej yang diproses di situ menggunakan usus
babi. 

Pendedahan sosej bersalutkan usus babi yang berada
dalam pasaran ketika ini dianggap keterlaluan kerana
jelas pihak pengusaha kilang tidak sensitif dengan
sensitiviti penduduk Islam di negara ini. 

Berikutan itu PPIM melalui satu siaran medianya
menjelaskan bahawa enam jenama sosej yang telah
dikenalpasti dicampur usus babi adalah Gourmessa,
Muller's Haus, Dew Fresh, Puteri, Miami Butcher House
dan Maspac. 

Menurut PPIM lagi, kebanyakkan jenama-jenama ini
(sosej) dibekalkan kepada hotel-hotel terkemuka di
Kuala Lumpur dan Selangor serta di beberapa pasar raya
besar di seluruh Malaysia. 

Di antara pengilang yang mengeluarkan produk sosej
yang didapati menggunakan usus babi dan memasarkan di
pasaran tempatan adalah; Deluxe Food Services Sdn Bhd
di Shah Alam (Gourmessa), German Delicatessen – Subang
(Muller's Haus dan Dew Fresh), Puteri Pan Pacific
(Puteri), Miami Butcher House - Batu Feringgi (Miami
Butcher House), Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang
(Dew Fresh) dan Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac). 

Antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan
menjual sosej menggunakan usus babi adalah Palace of
Golden Horses, Coffee Bean Tea Leaf, Hotel Equatorial,
Ikea Cafe, dan Muller Sousage.

Angkatan Muda Malaysia mendesak tindakkan segera
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna untuk menarik segera semua produk yang
diragui dari pasaran dan meminta semua restoran
terbabit menghentikan penggunanan produk tersebut.
Tindakkan segera ini perlu demi menjaga hak asas umat
Islam untuk mendapatkan makanan halal.

Angkatan Muda Malaysia melihat perkembangan ini amat
memalukan. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan
makanan halal di negara ini. 

Negara dan agensi yang bertanggungjawab seharusnya
malu kerana dalam keadaan Malaysia begitu sibuk untuk
menjuarai label produk halal akhirnya peristiwa yang
memalukan berlaku dalam negara sendiri. 

Kelemahan ini jelas terbukti apabila, maklumat dari
Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan menyatakan pada masa
ini tidak ada logi-logi di luar negara yang diiktiraf
dan disahkan halal oleh Malaysia bagi membekalkan
'natural casing' atau 'collagen', tetapi hanya
menggunakan bahan daripada campuran sayur-sayuran
sahaja untuk menghasilkan sosej. Ini menununjukkan
perhatian yang kurang dan sambil lewa diberikan
terhadap isu produk halal ini. 

Ketidak seriusan kerajaan dalam isu ini dapat
diperjelaskan lagi apabila laporan media hari ini
mendedahkan yang JAKIM hanya mempunyai 6 orang pegawai
yang ditugaskan dalam penyeliaan label halal bagi
seluruh negara. Ini satu perkara yang tidak munasahah.

Jesteru ini Angkatan Muda Malaysia mendesak untuk
pihak berkenaan menarik semula produk yang diragui
dari pasaran dan meminta restoran – restoran berkenaan
tidak menggunakan produk meragukan. 

Disamping itu umat Islam di peringatkan supaya berhati
– hati dan cuba elakkan untuk membeli produk atau
memasuki restoran yang meragukan.

Sesuatu harus dilakukan segera pihak yang berkenaan
sama ada JAKIM atau Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus lebih
bertanggungjawab dan bukan bertindak mengikut musim.

ZARERAH HANIM MD ZAKI
Exco Angkatan Muda Malaysia
0126262929
[EMAIL PROTECTED]





                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke