Maaf mencelah sikit.

Rasulullah memulakan perjuangan dengan La Ilaha Illa Allah; permbersihan kepercayaan karut-marut kepada keyakinan kepada Allah Pencipta Segala. Kita yakin matlamat kita adalah mendapat keredhaaan Allah; beriman kepada Al-Quran dan beramal mengikut petunjuk Rasulullah.

Namun, langkah pertama perlu diambil. Langkah pertama Rasulullah adalah mengajak manusia kepada Allah dan meninggalkan sembahan/pujaan/idola yang lain. Tidak mudah; malah memerlukan pengorbanan yang tinggi dan mengundang risiko yang besar termasuk nyawa sendiri.

Untuk muhasabah diri saya sendiri kepada kehendak mengikut langkah itu; tanya pada diri kita, berapa ramai orang Musyrikin + Kafirun yang telah kita turn-over. Ataupun sekurang-kurang nya telah kita bentangkan La Ilaha Illa Allah kepada mereka? Ada seorang Hindu yang menerima Islam, datang berceramah di JB; sedih dan kesalnya beliau terhadap kita orang Islam kerana tidak membentangkan (menjual) Islam kepada mereka. Kerana bila beliau menerima Islam, walaupun dengan tak sengaja; sebab nak kawin dgn gadis Melayu, beliau nampak kebenaran dan keindahan Islam. Sedih sebab orang Melayu tidak mahu berkongsi dengan bangsa lain tentang Islam. Sedih sebab orang Melayu/Islam tengok bersahaja tanpa buat apa kepada 'kanak-kanak yang bermain di tepi jurang' membiarkan budak tu jatuh dan mati. Sedih sebab orang Islam melihat bersahaja tanpa berbuat apa-apa kepada 'orang buta yang melintas jalan' membiarkan sibuta di langgar lori.

First step is La-Ilaha-illa-Allah. Next step; bergantung pada langkah pertama. Nabi Nuh mengambil masa 950 tahun mengajak manusia kepada Allah tapi sedikit benar yang mengikut beliau. Kalau kita dapat turn-over seorang aje; dapat menyelamatkan sorang 'budak' atau 'orang buta'; selamatkan mereka dari neraka; itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Next step; buat langkah pertama dulu. Kalau tak terbuat, toksah fikir langkah-langkah lain; akan jadi sumbang dan berkecai berai.
Next step; mungkin there's no next step utk kita. Mungkin Allah berpuas hati dengan usaha kita dan menjemput kita kembali ke negeri asal kita untuk diberikan anugerah dan ganjaran.

'mereka yang bertungkus lumus berusaha di jalan Allah pasti Allah akan membimbing kearah jalan Nya'
'mereka yang bekerja keras; usaha itu adalah utk dirinya, kerana Allah itu Maha Kaya'.

Semoga Allah membimbing kita dalam usaha ini.

wassalam.<x-tad-smaller>
</x-tad-smaller><x-tad-smaller>
Radzi.
</x-tad-smaller>

On 27 Apr, 2005, at 10:14 AM, albaniasghar wrote:

--- In islah-net@yahoogroups.com, Abu Afif Hazmie <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> sdr S2S - Khilafah ala minhaj nubuwwah, versi khilafah yang menjadi
> Idaman. Mudahan anda pun bersependapat dengan saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply

sdr [EMAIL PROTECTED] afif,

setuju sokmo, kenapa pulak tak setuju kalau nak buat benda yg masyru'.
kalau atas minhaj nubuwwah atau atau minhaj AQ dan Sunnah...yg kita
takut bunyi aje atas minhaj nubuwwah, tapi kelain pulak perginya,
jangan macam syi'ah tu, khilafah 'ala minhaj ahlil bayt, tapi kelain
pulak jadinya...


> Siapa pun Abu Afif, bukan menjadi persoalan, kenapa Isu siapa dia
> perlu dibangkitkan? Janganlah suka serkap jarang. Tulisan anda akan
> dipertanggungjawapkan
>
> Wassalam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply

yang penting, abu afif adalah mr tommycurf. siapa tomy curf tak
penting tapi dia dari minhaj khilafah ala nubuwwah...itu yg penting.


aa





///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]


Yahoo! Groups Links
• To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
 
• To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
 
• Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Kirim email ke