TEKNOLOGI CANGGIH DAN PERUBAHAN NILAI DI AKHIR ZAMAN

 

Kita berada di akhir zaman. Kejahilan tentang agama serta sikap acuh tak acuh dengan agama wujud di mana-mana saja pada hari ini. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “(Antara tanda kiamat ialah) terangkatnya ilmu dan berleluasanya kejahilan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kejahilan tentang ilmu agama terutamanya di kalangan golongan muda amat ketara pada hari ini. Sebagai contoh, keputusan PMR bagi tahun 1995 di sudut fardu ain amat menyedihkan. 6779 pelajar gagal di dalam mata pelajaran ini. 616 daripada mereka gagal di dalam aspek mengucap dua kalimah syahadah, 1553 gagal di dalam aspek rukun islam dan 1901 pula gagal di dalam aspek rukun iman.

 

Kejahilan menyebabkan umat Islam mudah terpedaya dengan muslihat musuh sehingga akhirnya nilai kehidupan dalam masyarakat turut berubah. Yang batil menjadi hak dan yang hak menjadi batil. Manifestasi perubahan nilai ini amat ketara di era Dajal. Nabi bersabda, “Sesungguhnya Dajal akan membawa air dan api. Apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya ia adalah api yang membakar. Apa yang dilihat sebagai api, sebenarnya itu adalah air yang sejuk lagi lazat.... (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Hadis ini menunjukkan Dajal akan memalsukan hakikat dan kebenaran bertujuan untuk mengelirukan masyarakat di dunia sehingga “api diperlihatkan sebagai air dan air sebagai api.” Untuk mencapai tujuan ini media massa di dalam bentuk TV, akhbar, majalah, video, cakera padat dan sekarang internet dipergunakan sepenuhnya. Sebagai contoh, apabila berlaku tragedi 11 September 2001, media massa di Barat menonjolkan Islam sebagai agama keganasan walaupun tidak terdapat sebarang bukti yang menyokong pandangan itu. Golongan Yahudi di Israel telah memanfaatkan suasana itu, justeru rakyat Palestin yang selama ini ditindas dan dizalimi berjaya ditonjolkan sebagai pengganas, dan sebaliknya pengganas Yahudi ditonjolkan sebagai mangsa keganasan. Berhubung dengan isu ini wartawan akhbar Independent, London, yang terkenal, Robert Fisk, ketika menyampaikan ucapannya di  Universiti Concordia pada 17 November 2002 berkata, “Ucapan saya pada malam ini tidak berkaitan dengan bahaya kewartawanan sebaliknya saya ingin bercakap tentang bahaya yang diwujudkan oleh kewartawanan. (Bahaya ini lahir) hasil dari tindakan melaporkan kenyataan-kenyataan rasmi pihak kerajaan yang mengelirukan tanpa tapisan di samping menerima tanpa persoalan kehendak golongan atasan... Sejak dari awal lagi melalui tulisan-tulisan saya di dalam akhbar Independent, saya mengatakan peperangan yang berlaku sekarang bukan bertujuan untuk menghapuskan keganasan sebaliknya untuk menghancurkan musuh-musuh Amerika dan mungkin  juga musuh-musuh Israel..”................................

 

Akhir zaman juga merupakan era kelahiran pelbagai teknologi canggih terutamanya teknologi komunikasi dan maklumat. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya.” (Riwayat Tarmuzi)

 

Di akhir zaman manusia akan bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih dan dengan meledaknya teknologi komunikasi maklumat, ramalan ini menjadi kenyataan. Antara produk yang berjaya dihasilkan oleh teknologi ini ialah robot. Mengikut Robot Institute of America (1979), robot ialah “alat (mesin) pelbagai fungsi yang diprogram untuk menggerakkan barangan serta alat melalui pergerakan-pergerakan tertentu. Dengan itu robot boleh melakukan tugas-tugas tertentu (untuk membantu manusia).” Mengikut Kamus Webster, robot ialah “alat automatik yang mampu melakukan kerja yang kebiasaannya dilakukan oleh manusia. Ia adalah mesin dalam bentuk manusia.”

 

Pada tahun 1956, seorang jurutera, Joseph F. Engelberger, bersama dengan beberapa orang yang lain, telah menubuhkan sebuah syarikat pengeluar robot bernama Unimation. Mereka berjaya mengeluarkan robot secara komersial dan robot pertama yang mereka hasilkan dinamakan Unimate. Dengan kejayaan itu Joseph F. Engelberger digelar sebagai Bapa Ilmu Robotik. Pada hari ini robot dicipta agar boleh bercakap kepada manusia. Antara syarikat yang mengeluarkan robot jenis ini pada hari ini ialah The Robot Factory.

 

(Untuk perincian bacalah Majalah i bulan Julai atau terus sahaja ke:

http://formulacemerlang.com/modules/articles/
Rujukan: 'Empayar Minda Muslim' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)

 

Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin

(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)

Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang) Selama 10 Tahun,

Penulis 10 buah buku,

Kolumnis Majalah i,

Pemudah Cara Pelbagai Korporat / Institusi

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Khidmat Runding

Mantan YDP JIM Negeri Pulau Pinang Selama 1 Dekad

 



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke