Precisely. Back to basic principle.... Kenapa di kaitkan air masuk otak???



On 6 Nov, 2005, at 5:01 AM, Ahmad Mustafa wrote:

Assalamu3alaikum,

Nampaknya saudara terlalu cepat untuk 'jump to the conclusion' Saya bertanya kepada saudara tentang perbezaan  resapan secara semulajadi dengan buatan, nampaknya saudara terus ke jalan pintas menyalahkan argumen saya. Untuk pengetahuan saudara Allah SWT dan RasulNya tempat kita mengembalikan perbezaan pendapat dan membina argumen, dan yang perlu saya terangkan tetang persoalan resapan molekul air ke dalam paru-paru untuk orang berpuasa .

Sebelum saya pergi jauh saya akan menerangkan terlebih dahulu tetang sikap Ibn Taimiyyah dalam berhujah. Contoh yang saya kutip adalah sikap Ibn Taimiyyah bila menyelesaikan perbezaan pendapat ulama tentang menyapu khauf (kasut orang arab). Ulama berbeza pendapat, ada mengatakan tidak sah menyapu wudhuk bila khauf itu berlubang atau koyak. Ada yang mengatakan bahawa sah kerana masih lagi khauf. Untuk meleraikan masalah ini Syeikh Ibn Taimiyyah telah mengembalikan kemungkinan khauf pada zaman Rasulullah saw iaitu beristidlal dengan ayat 59 Surah An-Nisa'. 

Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Terjemahan 4:59).

Dengan melihat ayat ini Ibn Taimiyyah mengambil kesimpulan bahawa ramai sahabat dalam keadaan faqir dan miskin, dan khauf mereka tidak seberapa, ada yang koyak dan sebagainya. Dan hukum tentang menyapu khauf terkena kepada mereka ini yang berkhauf koyak ini, jadi dengan kata lain tidak ada masalah untuk menyapu khauf yang koyak.

Jadi berbalik kepada soalan asal apakah resapan molekul air ke paru-paru akan membatalkan puasa. Ini yang perlu kita kembali kembalikan semula realiti di zaman Rasulullah dulu. Apakah Rasulullah saw melarang kita bernafas takut kemasukan molekul air ke dalam paru2, maka jawapannya sudah semestinya tidak. Sebagai asas kepada rujukan ini saudara boleh melihat kadar kandungan wap air dalam udara. Pada pandangan saya kadar wap air ini tidaklah berbeza sangat semasa Rasulullah di Madinah (1400 tahun lepas). Kalau kita melihat Madinah berapakah kadar humidity ( http://www.google.com.my/search?hl=en&q=humidity+madinah&spell=1 ) ada kadarnya 10%, 27%, dan purata untuk Arab Saudi sendiri adalah 22%. Ini menunjukkan kadungan udara di sana juga mengandungi wap air yang akan memasuki paru-paru kita semasa bernafas. Kadar wap air di Malaysia lebih tinggi iaitu 59% sehingga kekadang 80% (http://www.google.com.my/search?hl=en&q=humidity+malaysia&btnG=Google+Search&meta =  ).  

Manakala dari segi komposisi wap air (Bandingan dari komposisi kandungan udara) dalam udara adalah lebih kurang 1% manakala udara hembusan adalah 4%. (( http://www.google.com.my/search?hl=en&q=udara+hembusan+wap+air&btnG=Search&meta=) Ini menunjukkan bahawa kadar kemasukan wap air purata (-3%), sebenarnya wap air lebih banyak terkeluar. Inilah fakta saintifik tentang kemasukan air melalui paru-paru kita semasa bernafas. Di zaman Rasulullah saw walaupun Allah SWT Maha Pakar (Khabiir) tentang kadungan udara yang yang terdapat di dunia."Tidak pernah ada larangan untuk bernafas semasa berpuasa". Inilah yang saya cuba utarakan dalam persoalan ini. Kemasukan semulajadi yang tidak ada larangan dari Nas.

Namun kata-kata Mohd Radzi,
"Precisely, that's the absurdity of using your argument. Air masuk ke otak tak boleh di pakai...."

Menujukkan kejanggalan saudara dalam berhujah dengan kesalahan fahaman fakta saintifik serta kekeliruan dalam membezakan tentang perkara semulajadi yang diharuskan oleh syarak dan perkara IV Treatment (buatan) yang sengaja memasukkan elemen asing ke 'dalam badan' (istilah sains). Nasihat saya kalau nak berhujah persilakan berikan hujah yang kuat dengan bukti yang kukuh, kemudian buatlah kesimpulan.

InnaLlaha 3ala kullisya'in Khabiir
Sesungguhnya Allahlah yang Maha Pakar tentang sesuatu itu.

Sekian Wassalamu3alaikum.



On 11/5/05, Mohd Radzi Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Precisely, that's the absurdity of using your argument. Air masuk ke otak tak boleh di pakai....


On 2 Nov, 2005, at 10:10 AM, Ahmad Mustafa wrote:

Sebelum saya menjawab soalan saudara Mohd Radzi, saya ingin bertanya kepada saudara apakah perbezaan antara
1) air masuk ke dalam badan melalui injection
2) dengan air masuk dalam proses resapan di paru-paru?

Kemudian apa beza antara menelan air liur dengan menelan air kumur wadhuk, atau air liur yang diludah keluar kemudian diminum balik?
Yang mana satu 'semulajadi' yang mana satu buatan?





On 11/2/05, Mohd Radzi Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Bukan air. Tapi molekul air dalam darah. Kalau itu membatalkan puasa, macam mana molekul air dalam udara yang kita hirup setiap detik?

------- Original message -------
From: Ahmad Mustafa  < [EMAIL PROTECTED]>
Sent: 2.11.'05,  9:13

> Assalamu3alaikum,
>
> Kata Sudara Mohd Radzi
> "Kalau air tu sampai pada otak saya, sudah pasti saya mati. Yang pasti ia rehydrate darah saya dan memberi pengairan kepada organ-organ yang memerlukan."
>
> Untuk pengetahuan saudara, saudara telah mengeluarkan dua kenyataan yang saling bercanggah dengan fakta sains. "Kalau air sampai ke otak saya, sudah pasti saya mati" menujukkan pemahaman saudara tidak tepat berkenaan dengan infusion atau intravenous drip dari situ saudara boleh faham istilah saline, normal saline dan half-saline .  ( http://en.wikipedia.org/wiki/Intravenous ) . Infusion yang saudara maksudkan adalah sebenarnya memasuki pembuluh darah, dan apabila memasuki sistem peredaran darah sudah pasti molekul air itu akan sampai ke otak. Sebenarnya sistem pengakutan makanan kita ada 2 ke dalam badan iaitu melalui sistem peredaran darah  dan satu lagi adalah sistem lifma, yang mana kedua-dua saluran ini akan bertemu di vena subklavika. Untuk rujukan sistem peredaran dan pengakutan darah ini saudara boleh baca di URL ( http://www.sirinet.net/~jgjohnso/circulation.html )
>
> Kata Saudara Mohd Radzi lagi
> "Yang pasti ia rehydrate darah saya dan memberi pengairan kepada organ-organ yang memerlukan"
>
> Otak juga termasuk dalam organ badan yang yang memerlukan 'pengairan' dan sel otak otak saudara sentiasa diairi oleh kapilari-kapilari darah ke otak. Kelenjar pituatari (di otak) memainkan peranan penting dalam keseimbangan kepekatan darah dalam darah dengan merembeskan ADH.
>
> Kata Saudara Mohd Radzi,
> "Tapi yang pasti tekak saya masih tetap kering dan dahaga.... sebab tu doktor bagi nasihat, kalau dahaga sangat, kulum aje ais....
> Walaupun berpuasa; saya pasti otak saya tetap menerima air walaupun saya tidak meminum walau setitik..."
>
> Saya melihat bahawa sebenarnya organ, tisu dan sel dalam badan Mohd Radzi sebenarnya sudah cukup dengan bekalan air dari "infusion".  Kalau kering tekak  kerana tidak minum itu biasalah, orang yang banyak cakappun rasa kering tekak. Masalah haus semasa infusion, kita kena lihat solution mana yang saudara pakai half-saline? Normal Saline. Setahu saya kalau half-normal saline ini kurang sikit 'huasnya'. Ini kena tanya Doktor, dan kalau saudara masih was-was dengan penerangan saya, dipersilakan bertanya kepada Doktor tentang benarkan bahan infusion akan sampai ke otak.
> Walaupun berpuasa sememangnya otak menerima air, dan zat makanan, kerana kalau zat makanan terhenti kita akan mati. Tapi yang menjadi persoalan sekarang kita menambah zat makanan dari luar intravenous drip dengan sengaja , benda-asing baru dalam sistem aliran darah. (selain dari proses makan sahur hasil makan sahur û +- 4 jam). Itulah fakta yang sebenar tentang sistem peredaran dan pengangkutan darah yang berkaitan dengan intravenous drip.  Serba sedikit short-cut membekalkan zat makanan, dadah, air dan vitamin ke dalam pembuluh.
>
> Kalau fakta sains yang saya bekal salah minta Pn/Tuan Dr dalam e-groups ini, tolong beri komen.
>  Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
>
> Sekian wassalam.
>
>
>
>
> ----- Original Message -----
> From: Mohd Radzi Ibrahim
> To: Ahmad Mustafa
> Cc: Islah jim
> Sent: Monday, October 31, 2005 5:24 PM
> Subject: Re: ***[SUSPECTED SPAM]*** Re: [islah-net] Re: FAQ Puasa 14/X sah/batal 3+1
>
>
> ***********************
> This e-mail was scanned by TM Net E-Mail Virus Shield.
> ***********************
>
> Waalaikumussalam, Kalau air tu sampai pada otak saya, sudah pasti saya mati. Yang pasti ia rehydrate darah saya dan memberi pengairan kepada organ-organ yang memerlukan. Tapi yang pasti tekak saya masih tetap kering dan dahaga.... sebab tu doktor bagi nasihat, kalau dahaga sangat, kulum aje ais....
>
>
> Walaupun berpuasa; saya pasti otak saya tetap menerima air walaupun saya tidak meminum walau setitik...
>
>
> wallahu a'lam.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> On 31 Oct, 2005, at 12:27 PM, Ahmad Mustafa wrote:
>
> Walaikumussalam,
>
>
>
>
>




///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS







///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS






///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS







///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke