Semalam sedang aku bertafakur mencari idea untuk menyiapkan buku terbaruku 
bertajuk "Kecemerlangan Islam Dari Teropong Sains", aku sempat menziarahi blog 
penulis yang sedang meningkat naik iaitu, saudara Zaid Akhtar di 
http://myzaidakhtar.blogspot.com/2006_01_01_myzaidakhtar_archive.html. Antara 
tulisannya di blog itu ialah: 

"Tuesday, January 03, 2006. Kullu 'aam wa antum bikhayr. Banyak sungguh respon 
dan e-mel yang saya terima sejurus profil saya dan siri terakhir Salju Sakinah 
tersiar minggu lepas. Terima kasih semua. Banyak yang mengucapkan tahniah dan 
bertanya bagaimana/di mana boleh didapati bukunya. Buat ke sekian kalinya, suka 
saya memberitahu: Salju Sakinah belum diterbitkan di mana-mana dalam bentuk 
buku. Saya sedang berikhtiar ke arah itu. Insya Allah, bila terbit nanti akan 
saya war-warkan di laman web ini. Saya kembali ke sekolah. Kembali memikul 
tugas rasmi mendidik anak bangsa mempelajari bahasa syurga. Apa pun, tahun ini 
terasa jelas berbeza. Setelah beberapa hari menyudahkan Salju Sakinah, saya 
sesekali masih tenggelam dengan watak-watak yang saya bangunkan. Saya terasa 
ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang saya gulati sekian lama pergi 
tiba-tiba. Ada sesuatu yang saya mesrai setahun lamanya pupus tak semena-mena. 
Saya kini kehilangan. Sedang membaca buku Tip-tip Cemerlang daripada al-Quran. 
Selain tulisan Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni seperti La Tahzan yang maha laris di 
Timur Tengah dan Indonesia, saya juga menyarankan teman-teman mencuba buku-buku 
karangan Dr. Danial Zainal Abidin."

Aku berterima kasih padamu Zaid Akhtar atas sarananmu agar bukuku yang amat 
kerdil ini dibaca. Aku doakan Allah bersama-sama denganmu dan doakan juga agar 
Allah juga bersama-sama denganku. Ya, kita perlukan Allah.

Dr. Danial 
http://formulacemerlang.com/


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke