Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah banyak berjasa
kepada negara. Bermula daripada Perang Dunia Kedua
hinggalah ke era komunis , ATM telah memberikan
khidmat mempertahankan negara demi menjaga keselamatan
dan keamanan rakyat di negara ini.

Namun apakah kemampuan ATM sekarang ini dapat
mempertahankan negara dari sebarang anasir yang boleh
mengancam keselamatan negara ? Mengapakah Amerika
Syarikat sebelum ini meragui kemampuan ATM untuk
menjaga Selat Melaka dari ancaman lanun dan pengganas
hinggakan mereka mendesak untuk menempatkan tentera
mereka di Selat Melaka ?

Jika dibandingkan kemampuan dan keupayaan pertahanan
negara kita Malaysia dengan jiran kita Singapura dari
segi pertahanan darat, ternyata Singapura mempunyai
keupayaan pertahanan yang jauh lebih besar walaupun
keluasan Singapura hanyalah 699 kilometer persegi
berbanding Malaysia yang mempunyai keluasan 329,758
kilometer persegi.

Tentera Singapura mempunyai 2646 kereta kebal tempur,
kereta kebal ringan dan kereta perisai berbanding ATM
yang hanya mempunyai 1087 kereta kebal ringan dan
kereta perisai. Ini bermakna Tentera Singapura
mempunyai 1 kereta kebal atau kereta perisai untuk
setiap 0.26 kilometer persegi manakala ATM hanya
mempunyai 1 kereta kebal atau kereta perisai untuk
setiap 303 kilometer persegi.

Kekuatan pertahanan Tentera Singapura adalah begitu
luar biasa walhal keluasan Singapura yang seluas 699
kilometer persegi adalah lebih kecil berbanding dengan
negeri Perlis yang luasnya 810 kilometer persegi.
 
Angkatan Tentera Malaysia hanya mempunyai 26 kereta
kebal ringan Scorpion, 184 kereta perisai Sibmas, 211
kereta perisai Adnan, 111 kereta perisai K200 KIFV,
460 kereta perisai Condor, 25 kereta perisai Stormer,
70 kenderaan peninjau Harimau. 62 kereta kebal tempur
PT91M sedang ditempah oleh Malaysia.

Sementera Tentera Singapura pula mempunyai 100 kereta
kebal tempur Centurion, 350 kereta kebal ringan
AMX-13SM1, 24 kereta perisai AMX-10P, 22 kereta
perisai AMX-10PAC90, 100 kereta perisai Bionix II, 300
kereta perisai Bionix, 300 kereta perisai Bionix 40/50
, 200 kereta perisai V-200, 250 kereta perisai V-150,
700 kereta perisai M113 ULTRA, 300 kereta perisai M113
ULTRA OWS

Adalah agak membimbangkan dikala kemampuan pertahanan
negara dipersoalkan oleh negara luar, menteri-menteri
di Malaysia ini masih memikirkan bagaimana untuk
menarik lebih ramai pelancong dengan mengadakan lebih
banyak pesta, konsert, karnival, melanjutkan waktu
operasi kelab malam hingga 5 pagi, mengurangkan cukai
arak dan sebagainya.

Bagaimana negara mampu mempertahankan negara sedangkan
peralatan tenteranya jauh ketinggalan berbanding
dengan negara jiran dan dalam pada masa yang sama para
remaja, belia dan golongan tua terjebak dengan
pelbagai gejala sosial dan penyakit masyarakat, leka
dengan hiburan, leka dengan dadah, leka dengan pil
ecstasy, leka dengan arak, leka dengan perlumbaan dan
sebagainya.

>From Wikipedia, the free encyclopedia 
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Army
http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore_Army


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke