Apa yang saya tahu, dalam menetukan sesuatu hukum,
maka kita perlu lihat kesemua dalil2 yang tergolong dalam subjek
tersebut.
Tak de pulak, Nabi SAW ugut kalau tak mandi
boleh batal/tidak diterima sembahyang Jumaat/berdosa besar/bala yang akan
turun.
Namun seruan/suruhan mandi ini telah
diriwayatkan/diteggaskan oleh ramai sahabat ra, didalam banyak
hadith.
Nabi SAW juga menceritakan kebaikan dan
ganjaran kalau mandi sebelum datang sembahyang Jumaat. Kalau tak mandi, maka
memang sah lah, tak kan dapat kesemua ganjaran Jumaat yang disediakan/dijanjikan
Allah SWT.
Dari segi hukum, kalau tidak menganggapnya wajib
sekalipun ( tak mandi hukumnya berdosa ), maka ianya sudah cukup untuk
mengatakan sunnat yang sangat2 dituntut.
Namun, bukankah lebih afdhal kita ikut apa
yang disuruh Nabi SAW?
Aku berlindung dengan Allah daripada
syaitan yang direjam
Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha
Penyayang
[33.36] Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang
beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan
mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih
ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada
hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang
jelas nyata.
PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI JUMAAT
1. MANDI
Bagi kita di Malaysia dan
penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup.
Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana
Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi
galakan Rasulullah s.a.w.
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang
bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim).
2. Menghias dan Pakai Wangi²an
Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari
Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias
diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik
dan berwangi-wangian.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan
yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa
melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya,
diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya
itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara
Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan
Al-Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari
Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian kamu
yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan
kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu
dengannya."
3. Memotong Kuku
Islam amat mementingkan
kebersihan dan kekemasan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari,
mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian
pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita
akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah
tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak
mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
4. Membaca Surah
al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah
al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara
kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda
Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi
pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul
`Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)
5. Memperbanyak Doa
Doa
adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama
ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran
sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan
rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan
cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam
dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara
hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah
Sabda baginda yang
bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk
sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).
6. Berselawat
Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w Pada hari Jumaat, kita
juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w.
Sabda baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang
paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari
itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.""
"Ya Allah..Berikanlah
daku kekuatan untuk mengharungi mehnah dari Mu dengan penuh kesabaran dan
ketakwaan..."
WAllahua'lam
Wassalam
Hizamri
----- Original Message -----
Sent: Friday, September 01, 2006 11:58
AM
Subject: [Islah-Net] Re: FW: pentingnye
mandi
--- In [EMAIL PROTECTED]ps.com,
Hizamri Johari <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Sekadar
peringatan dan pengetahuan am untuk yang sudi membacanya. > >
WAllahua'lam > Wassalam >
Hizamri
~~~~~~~~~~~~~~~reply
hang kena bagilah tau apa
hukum mandi hari Juma'at? sebab hang FWD hadith kata wajib mandi hari
Juma'at... _,_._,___
__._,_.___
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
YAHOO! GROUPS LINKS
__,_._,___
Stay in the know. Pulse on the new Yahoo.com. Check it out.
|