Mencari Cinta Illahi.  Belajar dari Ibrahim a.s. Itu kata snada. Anak saya bila 
mendengar nasyid ini bertanya kenapa Ibrahim? Mengapa ye Ibrahim a.s? Dua 
manusia yang Al-Qur'an menyarankan sebagai uswah... Nabi Muhammad dan Nabi 
Ibrahim alaihimussalam. Why Ibrahim? Kerana dia menunjukkan kita bagaimana 
cintanya kepada Allah itu tidak berbelah bagi. Mengatasi segala. Biasanya 
apabila saya di ceritakan atau membaca kisah perjalanan hidup Nabi Ibrahim, 
saya biasannya mendengar fakta. Tidak ada emosi disitu. Tidak ada cinta dan 
kasih-sayang. Tapi kalau kita baca dengan perasaan dan menjiwai watak-watak 
dalam cerita itu dalam diri kita, kita akan dengan mudah menggugurkan airmata; 
bersimpati dan sekaligus mengkagumi betapa besarnya cinta Nabi Ibrahim kepada 
Allah.

Cinta membuahkan rindu. Adakah kita cintakan Allah? Kalau cinta dimanakah 
rindunya. Ataukah kita hanya berkata dibibir saja. Mungkin boleh jika kekasih 
kita itu seorang wanita. Tapi Allah bagaimana? Bolehkah kita mencapai cinta 
Illahi sehingga semua kewajipan tidak lagi kita amalkan kerana wajib. Tapi 
kerana pernyataan cinta kita kepada Allah. Solat tidak lagi kita lakukan kerana 
wajib, tapi kerana cinta. Qur'an kita baca bukan sebagai tilawah/ibadah, tetapi 
seperti kekasih membaca surat cinta. Seperti kekasih yang menatap tulisan 
kekasih yang dirindui. Membaca bait-bait puisinya yang menggetarkan jiwa, 
menyemarakkan rindu.

Bagaimana cinta itu berputik. Adakah cinta itu datang dengan tidak sengaja. 
Adakah cinta itu buta, yang jatuh dengan tiba-tiba tanpa sebab. Ataukah cinta 
itu boleh diusahakan, seperti belajar mengira? Adakah cinta itu memberi tanpa 
mengharapkan balasan? 

Ya Allah! Aku cinta padaMu. Sekarang saya fahami. Kita bermantra "la ilaha illa 
llah" di banyak tempat. Malah dalam al-ma'thurat setiap pagi dan petang. Namun 
selama ini saya fahami itu sebagai mengiyakan the fact on the ground. Memang 
benar tiada tuhan selain Allah. Kita kata atau tidak, kita akui atau tidak, the 
fact remains. Allah Maha Kaya, Dia tak memerlukan kita berkata begitu. Tapi 
kitalah yang memerlukan la ilaha illallah. Mantra yang kita ulang-ulangi 
sebagai pernyataan kita bahawa tidak ada sesiapa, tidak ada apa-apa dalam hati 
kita selain cinta kita pada Allah. 

Allahu Akbar! Semoga kedatangan Ramadhan kali ini mendidik kita semua mencintai 
Allahi dengan lebih mendalam lagi....


wassalam.
 



----- Original Message ----- 
  From: Mohd Radzi Ibrahim 
  To: [EMAIL PROTECTED] ; islah-net@yahoogroups.com 
  Sent: Wednesday, August 22, 2007 12:35 PM
  Subject: [JIMJ-net] Merdeka!



  Assalamualaikum,

  Kemerdekaan yang sejati adalah merdeka dari belenggu kecintaan kepada segala 
sesuatu selain Allah, RasulNya dan perjuangan. Sebagai seorang Islam dan 
beriman kepada Allah, ya sememangnya kita tahu. Namun bagaimanakah dapat kita 
menghayatinya dengan sepenuh perasaan dan jiwa kita? 

  wassalam.

  Radzi.

   

Kirim email ke