Assalamu'3alaikum,
Setelah membuat penelitian yang teliti terhadap tulisan ini, saya rasa ingin 
mengomentar beberapa perkara. Seperti yang kita ketahuai Hudud adalah salah 
satu dari bentuk hukuman mandotari dari Allah SWT dalam rangka untuk pencegahan 
(zawajir) dan penebus dosa (jawabir) kepada pelakunya. Namun hukuman 
(punishment dalam islam/uqubat ini) datang dalam 4 bentuk yang utama;
1) Hudud (mandotari = hak Aallah)
2) Jinayah (Qisas)
3) Ta3zir (hukuman yang menjadi ijtihad Qadhi/Khalifah kaum Muslimin)
4) Mukhalafah (undang umum untuk mengurusi hal ehwaal umat- seperti trafic 
light dan sebagainya).

Kesemuannya adalah undang-undang yang akan dilaksanakan dalam Negara Islam yang 
mana  Insya Allah dapat menjamin tercapainnya Keharmonian Masyarakat seperti 
yang sering dibincangkan dalam kitab fiqh. Iaitu dengan terjaganya kemaslahatan 
utama masyarakat.
1) Menjaga harta
2) menjaga diri
3) menjaga kehormatan /maruah
4) menjaga akidah
5) menjaga keturunan
6) menjaga akal
7) menjaga keamanan
8) menjaga kesatuan Negara.

3uqubat dalam Islam adalah mekanisma untuk membetulkan manusia yang lari dari 
fitrah kemanusian yang mana Allah ciptakannya, yang mana secara fitrahnya 
manusia sepatutnya mengikut sistem Islam dari segi pemerintahan, sistem 
ekonomi, sistem pergaulan sosial, sistem pendidikan, polisi luar negara. 
Kelima-lima sistem ini wajib dilaksanakan dalam rangka bersepadu dengan sistem 
uqubatnya.

Kita tidak boleh mengambil sistem ekonomi kapitalis dan digabungakan dengan 
sistem Islam. Sebagai contohnya sistem ekonomi kapitalis sekarang memiskinkan 
masyarakat dunia yang mana 80% penduduk menguasai hanya 20% kekayaan negara. 
Setelah urusan perekonomian ini, dibetulkan dan rakyat mendapat habuan dari 
pemilikan mereka iaitu mereka berhak ke atas barangan awam seperti petroleum 
dan sebagainya. Jika kebajikan mereka dijaga dengan sistem ekonomi Islam, maka 
mereka mencuri lagi, maka selayaknya hukum Allah ini dilaksanakan. Begitu juga 
kita sekarang sibuk ingin menghukum orang yang berzina dan bilangan mereka 
banyak sedangkan ruangan untuk mendekati zina dibenarkan, wanita dan lelaki 
bukan mahram dibenarkan duduk di taman2, dibiarkan bertenggek di atas 
motorsikal, last sekali bila merek berzina baru dianggap salah. Sedangkan 
undang-undang negara tidak pernah menutup pintu maksiat itu. Jadi perlu 
dilaksanakan sistem pergaulan yang benar untuk warga negara Islam.

Dengan kata lain pejuang ikhlas hendaklah menerapkan sistem-sistem Islam dalam 
bernegara + sistem 3uqubat dalam Islam secara sekaligus.
Inilah beberapa perkara yang ingin saya terangkan bahawa kita sepatutnya 
melaksanakan sistem yang Islam yang integeral ini, tanpa memelih ikut hawa kita 
sendiri, sesuai dengan perintah ALlah "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah 
kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah 
kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu 
yang terang nyata." [2:208]

Sudah semestinya sistem Islam itu bukan ISLAM HADHARI.
Say No To Ajaran Karut Itu.



Tegak Iman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                                     Hanya 
hudud mampu cegah jenayah                                                 Subky 
Abdul Latif      
         Mon | Oct 08, 07 |  1:51:30 pm MYT                            
Keterangan polis dalam seminggu ini menyebutkan kadar jenayah di Malaysia pada 
keseluruhannya adalah meningkat. Hanya di tempat tertentu kadar itu menurun, 
tetapi pada umumnya ia meningkat. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


--> 
 Ada pun cerita jenayah itu meningkat itu sudah lama. Seperti keadaan harga 
barang. Ia tidak pernah turun. Ia meningkat dan meningkat.

 
 Dalam tulisan saya sebelum ini, telah saya sebutkan bahawa keadaan jenayah 
yang parah itu adalah bayaran tunai Allah kepada masyarakat yang menolak hudud. 
Hudud cuba diperkenalkan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu, selian ia adalah 
perintah Allah,  tetapi ia saja undang-undang yang paling berkesan bagi 
mencegah jenayah.

 
 Tetapi ia bukan sekadar dihalang oleh kerajaan Pusat, malah dipersenda oleh 
masyarakat Islam yang mempertahankan undang-undang ciptaan manusia itu.

 
 Kedua-dua pimpinan ulama utama PAS, Tuan Guru Mursyidul Am Nik Abdul Aziz dan 
Presiden Ustaz Abdul Hadi Awang memberi komen serentak terhadap kenyataan polis 
tentang peningkatan jenayah itu, mengesahkan ubat kepada penyakit sosial itu 
adalah melaksanakan hudud.

 
 Tok Guru Nik Aziz bercakap begitu dalam interbiu dengan Harakah dan Tuan Guru 
Abdul Hadi pula ketika berucap di Maahad Tahfiz di Tok Jiring dekat Kuala 
Terangganu.

 
 Kedua pemimpin PAS itu mengingatkan kembali betapa jenayah dalam masyarakat 
bukan sekadar tidak dapat dihapuskan, malah tidak dapat diminimakan selagi 
tidak dilaksanakan undang-undang ciptaan Allah khususnya hudud.

  
 Sejak mula PAS membuat tuntutan supaya dilaksanakan undang-undang Islam di 
Malaysia merdeka ini, tujuannya selain dari mentaati perintah Allah, adalah 
demi mententeramkan negara dan masyarakat dari semua bentuk maksiat termasuklah 
jenayah.

 
 Isu itu tambah menonjol apabila Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam 
satu pilihan raya kecil DUN dekat Kuala Terengganu hujung 80-an mencabar supaya 
PAS merangka undang-undang hudud.

 
     Ia memberikan ruang yang lebih ketara kepada PAS untuk menerangkan secara 
terperinci tentang hikmat pelaksanaan hudud itu.

 
 Pilihan raya kecil itu adalah untuk mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Ustaz 
Baharudin dari PAS yang kemenangannya dibatalkan oleh mahkamah.

 
 Cabaran Dr. Mahathir itu dipercayai bukan kerana mahu hudud itu dilaksanakan 
tetapi untuk menjauhkan lagi PAS dari masyarakat bukan Islam, kerana antara 
hukum hudud itu  adalah mengerat tangan pencuri. Masyarakat bukan Islam gerun 
mendengar hukuman itu, maka diharapkannya pengundi bukan Islam tidak lagi 
mendekati PAS.

 
 Tetapi ia adalah kesempatan pula bagi semua penduduk untuk mengikuti 
penjelasan dari PAS tentang hikmat pelaksanaan hudud itu. Ia saja undang-undang 
yang dapat menyelesaikan kejadian jenayah yang berleluasa dalam masyarakat.

 
 Sebelum kemunculan Islam di Makkah, masyarakat jahiliyah Arab bergelumang 
dengan jenayah. Pelaksanaan hudud berikutan masyarakat Arab menerima Islam, 
jenayah dapat dibenteras.

 
 Amerika adalah bangsa yang paling maju dengan undang-undang jenayah yang ketat 
dan polis yang cekap, tetapi pembunuhan di New York bukan lagi mengikut hari 
tetapi mengikut jam. Setiap jam ada pembunuhan.

 
       Undang-undang manusia telah terbukti gagal untuk mengekang jenayah.

 
 Antara yang dijelaskan,  selain dari jenayah itu amat berkurangan oleh 
pelaksanaan undang-undang yang menggerunkan tetapi adil, Allah tanamkan ke hati 
orang ramai rasa benci kepada semua bentuk jenayah. Justeru itu mereka tidak 
melakukan jenayah. Akhirnya jenayah itu hapus bukan kerana banyak tindakan yang 
dilakukan, tetapi kerana orang ramai dengan sendiri tidak melakukan jenayah.

 
 Yang menghapuskan jenayah itu bukan kerana polis cekap dan kuat kerja, tetapi 
keberkatan yang Allah beri menyebabkan tiada kejadian jenayah.

 
      Ia menambah kefahaman umat Islam tentang hikmat hudud dan orang bukan 
Islam ada pengetahuan mengenainya.

 
 Dan apabila undang-undang itu diluluskan oleh DUN Kelantan dan Terengganu, 
kerajaan Malaysia dan Umno menolaknya dan berloyar buruk pula dengannya. Maka 
hudud tidak dilaksanakan.

 
 Dulu jenayah itu terus ada kerana hudud tidak ada. Ia tidak seteruk sekarang 
kerana  antara pemimpin kerajaaan dan Umno yang melaksanakan undang-undang dan 
memerintah tidak mendapat penjelasan Islam yang cukup tentang hudud.

 
 Sekarang mereka telah mendapat penjelasan yang cukup. Tetapi mereka menolaknya 
dan rakyat pula menyokong kedegilan kerajaan itu. Maka apakah balasan kepada 
orang-orang yang ingkar itu? Allah turunkan bala. Jenayah yang kian banyak itu 
adalah bala kerana tidak menerima ajaran Islam yang mengatakan hudud boleh 
mencegah jenayah. Kerajaan mengaku undang-undang Islam itu elok dan sempurna 
tetapi terus bebal dengan menolaknya.

 
 Nurin yang belum baligh menjadi mangsa pembunuhan. Apa salahnya? Dia tidak 
bersalah tetapi masyarakatnya dan kerajaan yang berkuasa atas masyarakatnya 
menolak hudud.

 
 Kerajaan kononnya bersungguh memerangi jenayah termasuk rasuah, ditambah polis 
dan staf BPR, dilatih mereka, tetapi percayalah selagi hudud tidak 
dilaksanakan, semua bentuk  jenayah akan berganda dan peperangan terhadap 
rasuah adalah gendang kosong.

 
     Ia akan menjadi kerajaan yang sia-sia./tajdid 

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 
564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi  03-40213343.



Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai. 
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya 
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia. 
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
        

---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search  that gives answers, not web links.   
     
                               


Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus


       
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!

Kirim email ke