Kalau anda ada masalah dengan HT itu masalah peribadi anda, tak perlu nak tutup 
kreativiti berfikir, orang mempersoalkan hukum berasaskan dalil tapi saudari 
emosi semerta. Keluarkan dalil kita boleh berbincang. Itulah indahnya Islam, 
kekuatan hujah berada pada kekuatan dall, bukan kepada kekuatan 
diplomasi...mungkin itu saudari kena faham. 

Nak tanya dalilpun terus nak ketuk orang apa cerita ini ya! 

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus

--- On Sun, 12/28/08, Ummu Waheedah <assaky...@yahoo.com> wrote:
From: Ummu Waheedah <assaky...@yahoo.com>
Subject: Re: (INGATAN) Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan 
Islam.
To: ah...@yahoo.com, "ingatan group" <inga...@yahoogroups.com>, "falaah" 
<al-fal...@yahoogroups.com>
Date: Sunday, December 28, 2008, 4:09 PM










    
            Nampaknya HT dah mula nak berkepak semula!  Hukum  Islam  sekarang 
ni bukan boleh dilaksana macam di zaman Nabi ketika Nabi s.a.w hidup. Sekarang 
nak menghukum dgn hukum Allah kena banyak pakai diplomasi... . jd jgn kita 
bercakap mengikut tahap kefahaman kita sahaja. Kena matang sikit,  Jgn fikir 
Islam boleh tertegak tanpa kuasa pemerintahan. Jgn fikir hukum Islam tu boleh 
dilaksanakan  tanpa mengambil kira keadaan dan suasana semasa. kalau nak 
berdebat, sila kemukakan cadangan kepada pihak berkuasa (ulama) dari pihak 
kerajaan atau pembangkang. Tak perlu tabur idea dijalanan (kpd org awam). 
Dikuatiri sdr hanya akan menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan ulama.  
 
 
Mari Bersama kita bertekad, Menjadi Generasi Tiada Hari Tanpa Qur'an 
lawati blog khazanah al-qur'an
sertai diskusi ummah di al-falaah-subscribe @yahoogroups. com

--- Pada Ahd, 28/12/08, Ahmad <ah...@yahoo. com> menulis:

Daripada: Ahmad <ah...@yahoo. com>
Subjek: Re: (INGATAN) Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan 
Islam.
Kepada: "respeks 2008" <faruqi2...@yahoo. com>
Tarikh: Ahad, 28 Disember, 2008, 8:49 AM








Assalamualaikum,

Lihata tajuk bawah apa yang saya highlightkan dibawah;

Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum 
dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang. 

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum 
Islam..  

Betulkah dalam Islam bahawa hukum hudud hanya terkena kepada orang Islam sahaja 
dan orang kafir dibenarkan berhukum dengan sivil law? Dalil mana yang saudara 
pakai atau gunakan?





Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus

--- On Sat, 12/27/08, respeks 2008 <faruqi2...@yahoo. com> wrote:

From: respeks 2008 <faruqi2...@yahoo. com>
Subject: (INGATAN) Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.
To: bersam...@yahoogrou ps.com, blalang_group@ yahoogroups. com, Islamic-ebook@ 
yahoogroups. com, hidayah...@yahoogro ups.com, inga...@yahoogroups .com, 
kayan...@yahoogroup s.com, Keluarga_Melayu@ yahoogroups. com, 
keluarg...@yahoogro ups.com, mahli...@yahoogroup s.com, malayc...@yahoogrou 
ps.com, MANGKUKHAYUN@ yahoogroups. com, melayucyber@ yahoogroups. com, 
mymas...@yahoogroup s.com, uitm-melaka@ yahoogroups. com, penawa...@yahoogrou 
ps.com, relex...@yahoogroup s.com, respeks_group@ yahoogroups. com, 
sut...@yahoogroups. com, ti...@yahoogroups. com
Date: Saturday, December 27, 2008, 10:37 AM





Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 09:00:05 MYT oleh TokPenghulu 
 Oleh suhaizan

"Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa  Naib Presiden 
PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di 
Kelantan. 

Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah 
PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah 
mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud. 

Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak 
kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah.

 Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA 
dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat 
PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa. 

Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat
 Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan 
kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ?  

Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat 
bukan Islam di Malaysia. Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis 
hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh 
hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh 
orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, 
merompak dan menderhaka kepada negara. 

Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan 
meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar 
kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun 
orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam 
atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan
 sekarang. 

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum 
Islam..  

Kebaikkan Pertamanya:  Menjaga Keturunan dan Kehormatan  

Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau 
bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum 
semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang 
lain. 

Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak 
kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang 
melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab 
Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta 
penduduk  Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. 

Cuba kita
 bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta 
rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah 
tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang 
terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes 
setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Data bawah ini dikeluarkan oleh 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 
8sv.pdf   





Negera
Kes RogolTahun 2002
Populasi Penduduk
Kes/Populasi  x 1 juta

Kanada
24,350
33,465,300
727.62

Malaysia
1,431
27,730,000
51.60

Jerman
8,615
82,127,000
104.90

Arab Saudi
59
24,735,000
2.39

United Kingdom
13,395
61,186,000
218.92

Amerika
95,136
305,975,000
310.93 Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara.  

Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda 

Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. 
Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan 
hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang 
berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes 
jenayah berlaku. 

Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. 
Bagi 1 juta penduduk disana hanya
 terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Data bawah ini 
dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 
8sv.pdf   





Negera
Tahun 2002
Populasi Penduduk
Kes/Populasi  x 1 juta

Kanada
2,516,918
33,465,300
75,210

Jerman
6,507,394
82,127,000
79,236

Arab Saudi
84,599
24,735,000
3,420

United Kingdom
6,523,706
61,186,000
106,621

Amerika
11,877,218
305,975,000
38,818 Rajah 2 : Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara.  


Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju 

Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan  pencuri 
takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. 
Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya 
terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. 

Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi 
semula setelah barang habis dijual.
 Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, 
mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar.. Para ushawan tidak 
sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung 
mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur 

Kebaikkan seterusnya akan bersambung.. ...

KESIMPULANNYA  MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD ?   Suhaizan Bin 
KaiatKetua PeneranganDewan Pemuda PAS PusatBlog : http://kentong- suhaizan. 
blogspot. com" 
 Salam Perkenalan dari respeks2008. ..
Kenali kami... 
ym : mr.respeks
weblog : http://respekss. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks_ group/  





       Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist.  Muat turunnya 
sekarang.
      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke