Assalamualaikum,

1) Boleh saya tahu apakah tujuan sebenarnya azan itu, adakah ianya semata-mata 
syiar Islam boleh dilaungkan bila mana kita suka. Ataupun ianya juga bertujuan 
memanggil orang solat. Solat apakah pukul 1200pagi tu ya, kalau lepas tu 
diadakan hiburan?

2) Setahu saya dalam kitab Fiqh bab pembayaran zakat menerangkan bahawa 
perubahan tarikh sebenar mengikut Islam adalah bila terggelammnya matahari. 
Jadi kenapa pukul 1200 malam dijadikan masa launga azan? 

Ada sesiapa  Ustaz atau Ulama atau sesiapa dari pelajar TG Nik Aziz atau Ustaz 
Haron Din atau TG Haji Hadi jawab permasalah saya ini. Saya minta penjelasan 
berasaskan dalil yang benar. 

sekian wassalam 

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus

--- On Thu, 1/1/09, Topengperak_Xinwugi® <poji...@gmail.com> wrote:
From: Topengperak_Xinwugi® <poji...@gmail.com>
Subject: [suaraulama] [Perisik Rakyat®] Azan dilaung tepat detik 12 malam di 
Kelantan
To: suaraul...@yahoogroups.com
Date: Thursday, January 1, 2009, 7:32 PM










    
            Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan 
letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.

Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi  
dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.

Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat 
Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan 
Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato'  
Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang 
ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.

Katanya, penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan 
mengajak masyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan.

"Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak 
menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan 
gejala tidak sihat.

"Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur 
mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," 
katanya.

Biar pun hujan lebat membasahi Kota Bharu yang bermula jam 7.30 malam, namun 
masih ramai datang menyaksikan program tersebut yang ternyata berlainan 
berbanding tempat lain.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan 
Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nassruddin Daud 
dan anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tidak ketinggalan juga seramai 500 ahli Kelab Penyokong PAS dari beberapa 
negeri yang terdiri daripada kaum India hadir meraikan sambutan tersebut.

Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas 
Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal 
berkuasa tinggi.

"Angka 19 menggambarkan PAS telah mentadbir Kelantan selama 19 tahun bermula 
tahun 1990," kata Takiyuddin.

Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. 
Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.

Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah 
Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala 
Rabbani menyampaikan lagu nasyid.

Deklamasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Afifi turut menyentuh perasaan. 
Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 
malam. 

Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan 
bunga api.                                

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman 
berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan 
Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.

"Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami 
beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri 
lain.

"Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan 
rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya.


--

Posted By  Topengperak_ Xinwugi®  to  Perisik Rakyat®  at  1/01/2009 04:36:00 PM
      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke