Umat Islam perlu disatukan dalam satu kuasa politik dan ekonomi, iaitu dalam 
satu negara khilafah. Negara sempadan berasaskan perkauman macam sekarang 
melemahkan negara Islam itu sendiri, umat Islam Iraq tidak peduli apa yang 
berlaku di Arab Saudi, Ulama Arab Saudi pula kata demonstrasi pro-Gaza sebagai 
bidaah, Pemimpin Malaysia tidak kisah sangat denga pembunuhan massa di Ghaza 
dan mereka sekarang lebih memikirkan kemenangan piliharaya di Kuala Terengganu. 
Negara Mesir lebih suka berbincang masalah (waqf Intilaku Nar) gencatan 
senjata. Walhal negara Mesirlah yang paling patut dan layak menolong kaum 
Muslimin Ghaza disamping persenjataan dan bilangan tentera yang besar.

Semuanya tidak bersatu, berpecah belah sesama sendiri. DI samping Khilafah 
adalah kefardhuan kepada umat Islam untuk mendirikannya, dengan adanya khilafah 
juga memastikan umat Islam bersatu dalam perlindungan, saling bantu membantu 
dan memecahkan sempadan ashobiyyah.



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus

--- On Thu, 1/8/09, harakah daily <harakahda...@yahoo.com> wrote:
From: harakah daily <harakahda...@yahoo.com>
Subject: [harakahdaily] Zionis boleh runtuh melalui kuasa ekonomi?
To: harakahda...@yahoogroups.com
Date: Thursday, January 8, 2009, 2:55 PM










    
            
                                        Zionis boleh runtuh melalui kuasa 
ekonomi?                                                                      
                                                        
                        
                        
                
                                        
                                
                                        Ali Bukhari Amir
                                        

                                                                Tue | Jan 06, 
09 |  6:56:58 pm MYT
                                
                        
                                        
                        
                                Kenyataan
Tzipi Livni pada 4 Januari lalu amat keras bersulam benang kesombongan
dan dengan congkaknya, Livni berkata, itulah padahnya jikalau Hamas
berani menyentuh Israel lagi. 
  
    Iklan
     
  
  
    
                            

        
        
     
  
  
     
     
  
 Kata Livni, "Saya harap hasil daripada operasi
(membedil Gaza) ini akan memberi kesan jangka panjang. Saat mereka
melepaskan tembakan, kita akan membalas dengan serangan besar-besaran. 
Mungkin beberapa operasi diperlukan bagi mencapai matlamat ini. Kita
telah lama berjuang dan kita mesti lakukan secara kekerasan dari semasa
ke semasa." 
Dalam tulisan yang lalu, telah kita sentuh tentang kedudukan, sikap dan
perawakan Livni yang tidak ubahnya seperti Golda Meir; seorang wanita
yang menjawat jawatan Perdana Menteri Israel itu. Ramalan dunia
terhadapnya ternyata tepat dan ada kebenarannya. 
Livni dalam wawancara bersama sebuah stesen penyiaran Israel itu telah
secara lantang, menolak perbincangan bersama Hamas. Menurut Livni,
selama ini dia cuma berpura-pura bagi memastikan seluruh dunia
memandang kerajaan Hamas sebagai tidak sah. 
"Saya menolak mengadakan perbincangan dengan Hamas. Sejak Hamas
berkuasa tiga tahun lalu, saya hanya berpura-pura agar seluruh dunia
melihat Hamas sebagai tidak sah. Helah itu berjaya dan saya tiada
hasrat untuk menukarkannya sekarang," katanya. 
Di sebalik kesombongan itu, Livni juga mengakui bahawa mungkin rejim
Israel tak akan dapat mencapai apa-apa yang dicita-citakan mereka
melalui serangan itu. Wawancara itu berlaku, kira-kira sehari sebelum
berlakunya serangan darat di Gaza. 
Amerika melalui dutanya ke PBB, Alejandro Wolff, telah pun mengecam
Hamas dengan berkata, "Majlis Keselamatan beberapa kali melahirkan
kebimbangan mengenai serangan Hamas ke atas Israel." 
"Piagam pertubuhan ini menghormati hak setiap anggota mempertahankan
dan hak Israel mempertahan diri tidak boleh dirunding," kata Wolff
lagi. Sikap ini menunjukkan kepada kita dengan jelasnya bahawa umat
Islam tak boleh lagi mendesak badan bukan Islam itu menerajui apa-apa
perubahan di wilayah bergolak itu.  

Kuasa besar Islam di mana?

Prof Dr Ahmad Atory Hussain dalam suatu wawancaranya berkata, berkata,
umat Islam hari ini tidak boleh lagi berharap kepada orang bukan Islam
bagi menyelesaikan masalah mereka sendiri. 
"Orang Islam dan Palestin mesti selesaikan masalah sendiri. Saya lihat,
orang-orang Arab asyik salahkan Barat. Tapi, masalah dalaman mereka
sendiri, tak pernah diperbaiki. 
"Selain itu, mesti wujudkan kuasa besar Islam atau dua buah tiga negara
Islam yang mesti disokong orang Islam sendiri. Bukan untuk berperang
tapi cukup sekadar menggerunkan Amerika," kata beliau lagi. 
Selain itu, tambah Dr Ahmad Atory, masyarakat atau negara bukan Islam
seperti Rusia, Perancis dan China keruh hubungannya dengan Amerika dan
Israel perlu dilibatkan. 
Di samping itu, kita dapat melihat betapa betapa banyaknya syor dan
cadangan itu. Sama ada syor itu bersifat tindakan yang boleh
dilaksanakan di peringkat rakyat bawahan atau pun peringkat kerajaan
atau pihak atasan. 
Contohnya, Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar diwujudkan suatu
pasukan tentera pengaman OIC sendiri. Tapi syor begini, siapa yang mahu
lobi agar ia dapat diwujudkan? Idea banyak, tetapi seolah-olah tiada
orang yang menggerakkan, melobi idea itu. 
Misalnya, pendapat Dr Ahmad Atory tadi, rasanya pernah disuarakan oleh
bekas Presiden Iran, Khatami dahulu dengan namanya Islamic Union yang
mirip kpeada European Union (EU), iaitu sebuah pakatan ekonomi dan
politik di rantau Eropah.  

Hasil pakatan EU itu antaranya telah melahirkan mata wang Euro sebagai saingan 
kepada mata wang Dollar Amerika.  

Mahathir tidak endahkan Islamic Union?

Tapi, Mahathir tidak endahkan gagasan itu dan akhirnya gagasan itu sepi
begitu saja. Dan dalam kalangan pemberita, wartawan arus perdana pula
tidak tergerak pula mereka untuk menggarisbawahkan isu itu menerusi
akhbar mereka. 
Tetapi akhir-akhir ini, dalam kenyataan terbaru, Dr Mahathir kembali
semula dengan idea memulaukan mata wang dollar Amerika itu. Ini
sememangnya syor yang baik juga. 
Mahathir berkata, antara lain kenapa Dollar Amerika mesti dipulaukan,
ialah kerana mata wang itu tiada disandarkan apa-apa nilai terhadapnya.

"Jika anda berhenti mengguna matawang itu, Amerika tak dapat berdagang
dan tak dapat banyak duit. Dengan ini, negara itu akan terus menjadi
miskin dan Amerika akhirnya akan berhenti menghasilkan
senjata-senjata, " katanya. 
Tetapi, Mahathir mengakui bahawa usaha memulaukan matawang Amerika ini
menuntut kepada hubungan kerjasama yang erat di seluruh negara di
dunia. 
Adakah Mahathir atau Yayasan Perang Jenayah KL Yayasan Kepimpinan
Perdana berdaya membawa seruan ini kepada negara-negara dan mampu
melobi tindakan ini kepada seluruh kerajaan? 
"Tindakan ini tidak terbatas kepada Malaysia saja. Ini tidak akan
berkesan. Seluruh dunia mesti terlibat. Kerajaan-kerajaan tak akan
bertindak kerana mereka takut kepada Amerika Syarikat," kata beliau
seperti menyindir dan mencabar kerajaan Malaysia sendiri. 
Adakah Tun Mahathir boleh menyarankan kepada Najib sebagai Menteri
Kewangan agar tidak lagi mengguna mata wang dollar Amerika dalam urusan
perniagaan sedunia. 
Tidak salah ingatan saya, Mahathir pernah menggesa agar ringgit
Malaysia diikat kepada RM3.30 untuk setiap dollar Amerika, tetapi Najib
berkata bahawa ringgit Malaysia mahu nilai ringgit itu teruskan
ditentukan oleh pasaran sahaja. 
Tak salah ingatan saya juga, Iran sudah menjalankan urusniaga minyak
dalam mata wang Euro dan bukan lagi Amerika Syarikat. Adakah kita
bersedia menggunakan Euro? 
Tak salah saya juga ada satu laporan menunjukkan bekas Perdana Menteri
itu menyimpan sejumlah wang di dalam akaun bank di Israel. Adakah wang
itu masih tersimpan atau pun sudah dikeluarkan, tidaklah diketahui
pula. 
Inilah antara masalah kita sekarang. Watak-watak yang mempunyai buah
fikiran terbaik, tetapi ternyata ada konflik lewat tindakannya yang
tersendiri. 
EU sudah wujudkan Euro. Jika wujud Islamic Union itu, mungkin boleh ada
wang dinar emas yang akan dipersetujui pemakaian dan penggunaannya
dalam hubungan kerjasama perdagangan antara negara-negara Islam. Tun
Mahathir juga setuju dengan dinar ini. 
Perjalanan kita membantah Israel sungguh panjang. Tapi, umat Islam
masih gagal meraih wacana yang betul-betul kuat dan mantap. Yang tidak
banyak melibatkan pemikiran agak senang dilakukan seperti membakar
bendera dan berdemo. 
Sedangkan, dalam 60 tahun belakangan ini (1948 hingga 2008)
pemikir-pemikir Yahudi Zionis telah menyusun protokol-protokol mereka
mengguna pemikiran yang tinggi. Jadi, seminggu berdemo dengan
semata-mata tenaga belum tentu dapat menyaingi mereka. 

6:42 p.m, 6 Januari 
 
Sekolah Pemikiran Pendang   

Idea, saranan, buah fikiran, kritikan boleh dimajukan ke mel-e 
 ibnua...@yahoo. com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda 
perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
 
Nota: Bagi mereka yang ingin tahu kenapa semangat Zionis sangat kuat
untuk mendapat tanah di Palestin, sila dengar lagu Hatikvah (The Hope),
senikata lagu kebangsaan Israel
http://www.youtube. com/watch? v=NjfFpFW9OdA. 
Lihatlah semangat yang timbul daripada senikata lagu tersebut.
Bandingkan dengan lagu Negaraku yang ada kaitan dengan lagu Terang
Bulan atau Mamoolamoon pula. http://www.youtube. com/watch? v=bbrcdpUGGEI
(Terang Bulan) _ 

      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke