Tangguh hasrat khatankan anak 

Sinar Harian 11 Dis 2010

SEREMBAN – Kesempitan hidup menyebabkan seorang ibu terpaksa bertangguh dalam 
urusan mengkhatankan dua anak lelakinya yang sudah cukup umur. 

Kehidupan Azliza Sahid, 38, terhimpit selepas berpisah dengan suaminya sejak 
tiga tahun lalu dan terpaksa menanggung enam orang anak berusia antara 4 
sehingga 17 tahun. 

Menurutnya, memikirkan kos berkhatan yang mencecah ratusan ringgit memaksanya 
untuk mendahulukan pendapatan bulanan yang diterima untuk urusan yang lebih 
penting berbanding membawa anaknya berkhatan. 

"Hampir setiap tahun saya berhasrat mahu membawa dua anak lelaki saya yang kini 
berusia 11 tahun dan 13 tahun untuk berkhatan, namun akibat kekurangan duit 
hasrat itu terpaksa dibatalkan. 

"Cuma, sejak akhir-akhir ini saya mula memikirkan yang anak saya sudah semakin 
dewasa dan jika ditangguhkan lagi pasti semakin susah. Jadi, saya cuba juga 
usahakan untuk mereka dikhatankan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman 
Permai 2. 

Lebih menyedihkan apabila Sinar Harian turut difahamkan bahawa rumah tempat 
Azliza dan anaknya berteduh sekarang adalah rumah kosong yang tidak diketahui 
pemiliknya. 

Azliza menambah, sudah hampir setahun dia membuat keputusan untuk tinggal di 
rumah kosong terbabit biarpun tidak dilengkapi dengan kemudahan air dan 
elektrik. 

"Sejak berpisah dengan suami, saya tinggal bersebelahan dengan rumah keluarga 
saya, namun disebabkan kesemua adik beradik yang lain turut tinggal sekali 
menyebabkan rumah berkenaan terlalu sesak dan tidak mampu untuk menampung kami 
anak beranak. 

"Saya tidak tahu rumah ini milik siapa tapi sekurang-kurangnya dapatlah kami 
menumpang buat sementara waktu. Saya bukan tidak mahu menumpang di rumah yang 
lebih selesa namun, gaji saya tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah," 
katanya. 

Menurutnya lagi, anaknya masih bersekolah dan dengan pendapatan bulanan 
sebanyak RM600 sememangnya tidak mencukupi. 

"Saya berhasrat untuk berniaga bagi mengubah nasib diri dan keluarga namun 
hasrat terpaksa dibatalkan akibat tidak mempunyai modal yang mencukupi. 

"Saya tidak tahu saluran mana yang harus saya ikuti bagi memohon bantuan 
memulakan perniagaan dan amat berharap ada pihak yang sudi membantu," katanya 
yang turut mendapat bantuan bulan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8502482.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.comyahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke