Rakyat didahulukan untuk jalan kaki, pemimpin diutamakan naik helikopter, naik 
jet, naik Mercedes. Pengangkutan awam ni tak ada class lah, terutama di Jelebu. 
Sudikah Rais Yatim bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, EXCO dan semua wakil 
rakyat di Negeri Sembilan ini pergi kerja, pergi pasar, pergi klinik, pergi 
hantar anak sekolah naik bas. Nak naik bas macamana , bas pun tak ada. Mungkin 
boleh naik bas maya melalui jalur lebar agaknya.

Betapa teruknya pengangkutan awam di kawasan selamat Umno ni di 
http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html 
        
Urusan terbatas kerana tiada pengangkutan awam 
Sinar Harian 10 Feb 2011 

KUALA KLAWANG - Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam sejak setahun lalu, 
menyebabkan pergerakan masyarakat sekitar Jelebu yang ingin berurusan di pekan 
Kuala Klawang terbatas. 

Keluhan masyarakat tempatan dilihat dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab 
yang mahukan perkhidmatan pengangkutan beroperasi di Kuala Klawang ke Simpang 
Pertang. 

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perhentian bas lenggang dengan kehadiran bas 
dan teksi. 

Keadaan ini menyukarkan pergerakan orang ramai untuk melakukan tugasan 
seharian, terutamanya warga emas yang sering ke hospital. 

Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur berkata, hampir setahun 
perkhidmatan bas ke Simpang Pertang tidak beroperasi di sini. 

“Saya bekerja berhampiran di kawasan ini, sering kali mendengar rungutan 
daripada warga emas yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan 
perkhidmatan pengangkutan awam. 

“Pernah terjadi, seorang warga emas tertidur di perhentian bas berkenaan 
sehingga ada yang terpaksa menghantarnya ke rumah di Peradong,’’ katanya. 

Nur berkata, pada waktu kemuncak ramai murid sekolah dari Simpang Pertang tidak 
dapat hadir ke sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan awam. 

“Sekurang-kurangnya pastikan ada perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi pada 
waktu pagi dan petang untuk memudahkan mereka berulang-alik. 

“Selain itu, peniaga di sini turut terjejas kerana tiada pelanggan yang datang 
ke perhentian bas ini sehingga menyebabkan ada peniaga yang gulung tikar,’’ 
katanya.  
   
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8741940.asp 



 
____________________________________________________________________________________
The fish are biting. 
Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.
http://searchmarketing.yahoo.com/arp/sponsoredsearch_v2.php


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke