Dalam tempoh 1 minggu pada bulan Februari 2011 dilaporkan 3 orang pelatih PLKN 
telah meninggal dunia dan seoang lagi koma. Ini sesuatu yang amat-amat 
menggusarkan dan merisaukan semua pihak terutama ibu bapa serta penjaga yang 
ada anak-anak mereka di kem PLKN ketika ini dan yang akan menyertai PLKN pada 
masa akan datang.

Kisah Dua pelatih PLKN meninggal dunia, seorang koma sebelum ini di 
http://amkns.blogspot.com/2011/02/dua-pelatih-plkn-meninggal-dunia.html 


Pelatih PLKN meninggal ketika solat
Utusan Malaysia 24 Feb 2011 

Jenazah Syed Rahman Wan Ahmad selepas disembahyangkan di Masjid Kem Sungai 
Besi, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Abdul Hadi Awang Kechil (belakang dua 
dari kiri).
---------------

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 
meninggal dunia ketika mengerjakan solat di kem PLKN di Rimba Templer dekat 
sini, semalam.

Syed Rahman Wan Ahmad, 18, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, meninggal dunia 
kira-kira pukul 1.45 petang.

Allahyarham sebelum ini dikatakan tidak menghidap sebarang penyakit dan berada 
dalam keadaan sihat.

Bapanya, Wan Ahmad Wan Yassin, 50, ketika ditemui di Kem Sungai Besi di sini 
berkata, dia sekeluarga terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kematian 
anaknya.

Katanya, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda aneh selain melahirkan rasa 
seronok dan selesa berada di kem berkenaan.

"Kali terakhir arwah menghubungi kami sekeluarga pada Ahad lalu dan menyatakan 
dia berada dalam keadaan baik serta seronok tinggal di kem terbabit.

"Saya tidak sangka dia akan meninggalkan kami dengan begitu cepat," katanya 
yang akan membawa pulang jenazah anaknya ke Sabah, hari ini.

Wan Ahmad turut berpuas hati dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan 
berterima kasih terhadap pihak pengurusan yang sanggup menanggung perjalanan 
pergi dan balik keluarganya.

Selain itu, rakan Allahyarham, Aminuddin Basir, 17, ketika ditemui berkata, 
arwah merupakan seorang yang sangat ramah dan baik hati.

"Walaupun baru beberapa minggu menyertai latihan di PLKN, arwah sudah dikenali 
ramai kerana keramahannya dengan semua pelatih di kem," katanya ketika ditemui 
di Masjid Kem Sungai Besi di sini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berharap 
tiada sesiapa yang akan menimbulkan spekulasi.

Beliau berkata, berdasarkan rekod kesihatan dan perubatan arwah, dia berada 
dalam keadaan sihat serta tidak mempunyai sebarang penyakit.

"Setiap peserta PLKN dilindungi insurans yang bernilai RM55,000, bagi 
melibatkan kematian biasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim 
Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat 
dan punca kematian dipercayai akibat sawan.

"Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada unsur-unsur 
jenayah dilaporkan berlaku," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke