Saya harapkan mulai hari ini JAKIM dapat
menyediakan teks khutbah Jumaat yang relevan dengan keadaan setempat. Masih
banyak masalah umat Islam terutama orang Melayu yang menjadi barah dalam
masyarakat.
 
Kita masih tidak dapat menyelesaikan
masalah ramainya orang Melayu yang tak solat fardu, ramainya orang Melayu yang
ketagih judi, baik judi berlesen apatah lagi judi internet. Masih ramai orang
Melayu yang minum arak, berzina, ketagih dadah. Masalah perceraian semakin
meningkat walaupun majlis perkahwinan semakin meriah dan “glamour”. Begitu juga
dengan masalah buang bayi yang masih ada setiap hari cuma tidak digembar
gemburkan di dada akhbar.
 
Saya harapkan JAKIM juga dapat menyediakan
teks khutbah dengan ayat-ayat yang mudah dibaca oleh para khatib yang sudah tua
terutama di kampung-kampung, yang susah hendak menyebut ayat-ayat yang canggih
manggih.
 
Marilah kita banyakkan selawat kepada Nabi
Muhammad saw di penghulu segala hari, iaini hari Jumaat, hari perayaan umat
Islam pada setiap minggu. Marilah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua
ibu bapa kita, dan sentiasalah kita berbakti kepada mereka berdua.
 
Salam Perjuangan :-) 

Kirim email ke