Harun: Pas utama jalan damaiWartawan Sinar Harian
23 Mei 2013
Harun TaibSHAH  ALAM – Pas tetap dengan pendiriannya menolak
sebarang cubaan   menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan seperti
didakwa cuba  dilakukan sesetengah pihak.

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun  Taib berkata, Pas juga tidak masuk
campur dengan pendirian pemimpin atau  penyokong PR yang menyokong cara
sedemikian.

"Dalam Pas, kita utamakan jalan perdamaian. Kita juga berpegang
kepada prinsip demokrasi yang diamalkan.

"Saya  tak melarang perhimpunan dilakukan, namun saya tidak berminat
untuk  menyertainya. Jika ada pemimpin PR atau pihak lain yang tetap
mahu  melakukannya, terserah kepada mereka. Itu pendirian mereka,"
katanya  kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika  mengulas usaha sesetengah pihak yang
didakwa cuba menggunakan kekerasan  untuk menggulingkan kerajaan setelah
tidak berpuas hati dengan keputusan  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
lalu.

Tegasnya, parti itu menerima kegagalan dalam PRU13.

"Kita terima keputusan PRU13 lalu dengan hati terbuka. Namun, dalam
perjuangan Pas, tiada istilah putus harapan.

"Kita akan majukan diri dan cuba lagi untuk menang dalam PRU akan
datang," katanya.                        

Kirim email ke