25 Petisyen Pilihanraya Parlimen Difailkan

Saya  boleh mengesahkan bahawa bermula hari ini, ketiga-tiga parti
Pakatan  Rakyat akan memfailkan petisyen pilihanraya di kawasan-kawasan
Parlimen  berikut:

DIFAILKAN OLEH PKR

1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

DIFAILKAN OLEH PAS

1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

DIFAILKAN OLEH DAP

1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis

Ini  bermakna 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen telah dan akan 
difailkan bermula hari ini sehingga hari Rabu. Bagi kerusi Bagan Datok, 
selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan 
berhubung kesalahan calon BN, Dato' Seri Zahid Hamidi melanggar had 
perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya.

Selain  24 kerusi Parlimen ini, Pakatan Rakyat juga memfailkan 10
petisyen  pilihanraya bagi kerusi DUN di seluruh negara (9 DUN yang
ditandingi PAS  dan 1 DUN yang ditandingi PKR).

Serentak dengan petisyen-petisyen  ini, PKR juga akan memfailkan
tindakan undang-undang berikut dalam  tempoh 3 minggu dari sekarang:

1. Saman terhadap Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli
SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal;

2.  Petisyen pilihanraya menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi
yang  dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang
dibuat di  Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR;

3. Tindakan  undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang
menghalang  kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra
vires)  dengan Perlembangan. Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan 
undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar 
perlembagaan.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

10 JUN 2013
 

Kirim email ke