Pagi tadi saya bersarapan di Restoran Kaklang di Taman Desa
Dahlia, Senawang. Separuh perjalanan sarapan saya, datang seorang LELAKI MELAYU
ISLAM di depan saya, selamba saja menghisap rokok. Orang sekarang tak boleh
ditegur, sebab semua bijak pandai, lebih pandai dari ulamak, silap tegur kita
kena pukul, silap haribulan naik kerambit.
 
Tak tahan dengan asap rokok tersebut, lalu saya ambil cawan,
dan pindah ke meja lain. Itu saja cara kena nak tegur orang yang tak reti
bahasa.
 
Nampaknya Wawasan 2020, Negara Islam di Malaysia ini hanya
retorik, palsu semata-mata. Masih ramai orang MELAYU ISLAM tak tahu adab berada
di tempat awam. Masih ramai MELAYU ISLAM tak tahu guna tandas masjid, guna
tandas masjid untuk buang air dan tukar lampin bayi saja.
 
Entahlah, Khutbah Jumaat pun tak minat sentuh isu-isu macam
ini, isu macam ni perkara kecil saja agaknya. Yang penting sekarang ialah isu
hina Raja, hina Sultan, hina Agong.
 
Kita bangkitkan isu hina Nabi, tapi kita tak semarakkan isu
Cinta Nabi, pakai cara Nabi, berada di tempat awam cara Nabi, tidak merokok
cara Nabi, menjahit baju cara Nabi, mentadbir negara cara Nabi dan macam-macam
lagi. 

Kirim email ke