Info dari Jabatan Kesihatan N.Sembilan
 
Laporan 15 JUN 2013 MINGGU 23
 
Jumlah kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun
2013 adalah sebanyak 253 kes iaitu 251 kes Demam Denggi dan 2 kes Demam Denggi 
Berdarah. 
 
Terdapat peningkatan kes denggi sebanyak 29.7% berbanding
tempoh yang sama tahun 2012. Tiada kematian akibat denggi dilaporkan sehingga
minggu ke 23 tahun 2013.
 
LOKALITI WABAK DENGGI
 
Pada minggu ke 23, ada 1 lokaliti wabak baru dilaporkan di
Negeri Sembilan iaitu di Taman Ampangan Seremban yang melibatkan 3 kes. Wabak
yang masih aktif ialah di Bandar Seremban Selatan Fasa 3 yang melibatkan 4 kes.
 
MALARIA
 
Terdapat 1 kes Malaria dilaporkan pada minggu ke 23 di
daerah Seremban. Kes tersebut diklasifikasi sebagai zoonosis iaitu jangkitan
dari spesis Plasmodium knowlesi.
 
PENYAKIT CEGAHAN VAKSIN
 
Pada 4 Jun 2013, PKD Seremban telah mendapat laporan
kejadian demam dan ruam di PLKN Sri Perkasa Mantin. Hasil siasatan menunjukan
bahawa terdapat 7 orang pelatih (2.3%) yang semuanya lelaki telah hadir dengan
gejala demam dan ruam daripada 308 pelatih. Oleh kerana kluster demam dan ruam
ini melibatkan remaja, pelatih lelaki dan berlaku di institusi, kluster ini
akan diklasifikasikan sebagai kluster disyaki rubella. Tindakan kawalan dan
pencegahan akan dilakukan berdasarkan kluster disyaki rubella. Golongan
berisiko seperti wanita mengandung akan dipastikan pendedahan yang minima
kepada kes-kes dan kontak terdekat.
 
Sumber http://pasns.blogspot.com/2013/06/wabak-denggi-di-seremban-dan-kes.html

Kirim email ke