Hak berhimpun dijamin Perlembagaan Malaysia
(Oleh Mohd Arif Juhani)

KUALA  LUMPUR, 17 JUN: Rakyat Malaysia berhak menyertai perhimpunan
seperti  termaktub dalam Perlembagaan selagi tidak bercanggah dengan
Akta  Perhimpunan Aman (APA), kata peguam Lawyers for Liberty (LFL),
Afiq Mohd  Noor.

  [Afiq_M_Noor] 
<http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/06/Afiq_M_Noor.jpg\
> "Sekiranya  peserta ditahan ketika dalam perjalanan hadir ke tapak
program, mereka  berhak bertanya kepada polis motif ditahan dan atas
kesalahan apa.

"Dari situ mereka boleh memastikan kedudukan sebenar mereka
berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

"Jika  dibawa ke balai polis, peserta masih berhak mendapatkan
bantuan guaman  atau menghubungi ahli keluarga bagi mengesahkan lokasi
sebenar mereka,  ini penting untuk memudahkan urusan guaman,"
ujarnya kepada Keadilandaily.

Tambah  Afiq, sekiranya peserta tidak tahu untuk berhadapan dengan polis
ketika  ditahan, mereka disarankan untuk berdiam diri sahaja.

  [perhimpunan-black-505-kuala-lumpur-padang-merbok-15-jun-547x350] 
<http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/06/perhimpunan-bla\
ck-505-kuala-lumpur-padang-merbok-15-jun-547x350.jpg> "Tindakan 
berdiam diri adalah hak yang dijamin oleh Seksyen 112 (2) Kanun 
Tatacara Jenayah dan hanya memberikan maklumat peribadi seperti nama, 
alamat dan nombor kad pengenalan sahaja," katanya.

Ujarnya lagi,  LFL ada menyediakan bantuan guaman kepada peserta yang
ditahan dan akan  mengedarkan senarai nama dan no perhubungan peguam
yang boleh dihubungi  melalui media sosial rasmi LFL.

Peserta dinasihatkan agar tidak  melakukan sebarang provokasi kepada
polis kerana akan memberikan kesan  buruk kepada perjalanan perhimpunan
nanti.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53453

Kirim email ke