JKKK kata bukan bidang kuasanya, KRT Rukun Tetangga pula
tiada penyelesaiannya. 
Baik jadi ular ! 
 
Risiko rumah tepi padang
 
20 Jun 2013  KUALA
PILAH – Penduduk di Rumah Rakyat Juasseh, di sini memohon jasa baik pihak
terbabit untuk membina pagar pengadang di padang awam taman berkenaan bagi
keselamatan penduduk terutama yang tinggal di persekitaran padang ini.
 
Ini berikutan terdapat rungutan diterima daripada penduduk
mengatakan sering terjadi kerosakan harta benda dan peralatan akibat terkena
bola sepak yang dimain belia pada waktu petang.
 
Penduduk, Mohd Izwan Lokman, 29, berkata, padang bola di
taman itu sering menjadi tumpuan belia sekitar kawasan Juasseh untuk
melaksanakan aktiviti riadah pada setiap petang.
 
Menurutnya, penduduk pernah mengajukan permohonan untuk
membina pagar pengadang ke pihak berkaitan beberapa tahun dahulu tetapi pihak
tersebut memaklumkan ia adalah tanggungjawab pihak Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK).  
 
 "Kami sudah pun
bertemu dengan pihak JKKK tetapi mereka memaklumkan perkara ini bukan bidang
kuasanya," katanya.
 
Justeru itu katanya, untuk mengelakkan masalah ini
berterusan, golongan belia sudah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong
membina pagar pengadang di kawasan padang bola.
 
"Pengadang dibina berhampiran surau taman yang sering
mengalami kerosakan teruk akibat terkena bola.
 
“Kami menggunakan tiang lampu sumbangan Tenaga Nasional
Berhad (TNB) yang secara kebetulan sedang membuat pertukaran tiang lampu kayu
kepada tiang lampu batu manakala jaring adalah sumbangan individu daripada
penduduk taman,” katanya.
 
Bagaimanapun, katanya, keadaan tiang pagar tersebut sudah
mula reput dan jaringnya banyak yang koyak.
 
"Kami sangat berharap agar ada yang lebih baik dan
sempurna seperti yang terdapat di padang awam Kampung Selaru di mana padang itu
memiliki pagar yang tinggi bagi mengelakkan bola tersasar ke kawasan
perumahan," katanya.
 
Selain itu, Lau Tack Meng, 56, berkata, rumahnya juga pernah
mengalami kerosakan akibat terkena bola.  
 
"Pada awal tahun lalu, lampu di bahagian hadapan rumah
pecah. Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan belia. Lagipun ini
satu-satunya padang bola yang terdapat di sini.
  
"Jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani masalah
ini. Malah, saya pernah ajukan masalah ini ketika mesyuarat Kawasan Rukun
Tetangga (KRT) pada 2008 dan 2009, tetapi masih tiada penyelesaian,"
katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/risiko-rumah-tepi-padang-1.173678 

Kirim email ke