Kegiatan jenayah dan masalah disiplin di kalangan pelajar
sekolah semakin membimbangkan. Jika masalah jerebu kita kembali kepada Allah
dengan mengadakan Solat Istisqa’, kenapa tidak masalah jenayah di kalangan
pelajar sekolah kita kembali juga kepada Allah dengan memastikan guru-guru dan
para pelajar yang beragama Islam Solat Zuhur dan Asar berjemaah di surau
sekolah, dan dari masa ke semasa mengadakan Solat Hajat di dewan atau padang 
sekolah
agar masalah jenayah dan disiplin di kalangan pelajar sekolah berkurangan
disamping kita menggunakan teknologi moden dan terkini?
 
****************** 
Guna biometrik, poligraf di sekolah
 
25 Jun 2013 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian
Pendidikan bercadang melaksanakan penggunaan teknologi biometrik dan poligraf
di semua sekolah di seluruh negara bagi membendung kegiatan jenayah dan
perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd.
Zinin berkata, sebagai permulaan, sebanyak 230 buah sekolah menengah dan rendah
di negeri ini telah mengguna pakai sistem dikenali sebagai Sistem Pencegahan
dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar (SPPTP) itu.
 
Menurutnya, SPPTP dibangunkan oleh Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kedah.
 
"Meskipun kes-kes jenayah melibatkan pelajar masih
terkawal namun kita perlu ambil langkah pencegahan termasuklah dengan
pengenalan SPPTP yang dihasilkan secara inovasi oleh IPK Kedah.
 
"Menerusi sistem itu pelajar yang bermasalah akan
diambil cap jari atau ciri-ciri fizikal lain seperti imbasan retina (anak
mata). Sekiranya terdapat kes tertentu, ujian poligraf juga boleh dijalankan
untuk mengesan pembohongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
sambutan Hari Inovasi PDRM 2013 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Ibrahim di sini hari ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130626/dn_18/Guna-biometrik-poligraf-di-sekolah
 

Kirim email ke