Mapim lancar rayuan Ramadhan untuk Rohingya       
 
1 Jul 2013  - Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melancarkan rayuan Ramadhan untuk
umat Islam Rohingya di Arakan Myanmar bermula pada 24 Jun lalu.
 
Misi Mapim yang akan berangkat ke Sittwe Arakan pada awal
Julai ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan yang mendesak di kalangan
umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa genosid oleh esktremis Rakhine Buddhist
di Myanmar.
 
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keadaan yang
masih belum reda sepenuhnya sejak keganasan tercetus pada Mei 2012 yang lalu
telah mengakibatkan ribuan terbunuh dan ratusan ribu yang menjadi pelarian
dalam negeri (IDP).
 
Kepada mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai
rayuan ini sila berhubung dengan Abdullah: 019-9893707, Tarmizi: 017-5606131.
 
Mapim telah menyediakan sebuah Tabung Khas: ROHINGYA
HUMANITARIAN FUND MAPIM di bank akaun Rajhi Bank bernombor 1540 0188 0630 441.
 
 
DESAK BOIKOT SUKAN SEA DI MYANMAR
 
“Layanan kerajaan Myanmar kepada umat Islam di sana
keterlaluan. Berdasarkan laporan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR), 125,000 penduduk terpaksa tinggal dalam khemah
selain dinafikan hak sebagai warga negara dan ditindas.
 
“Mereka menjadi mangsa konflik di negara sendiri. Kampung
sudah tidak selamat lagi untuk dihuni apabila rumah di bakar, saudara-mara
dibunuh dan kehidupan terancam. Sekolah dan masjid turut menerima nasib yang
sama.
 
“Jika dulu kerajaan memboikot Sukan Olimpik di Moscow 1980
berikutan pencerobohan Russia di Afghanistan, mengapa tidak kali ini. Kita
perlu membantu umat Islam di sana supaya nasib mereka terbela,” katanya pada
sidang media selepas majlis Penerangan Konflik Kemanusiaan di Myanmar, di
perkarangan Masjid Al-Amaniah, Batu Caves, di sini, semalam.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20412-mapim-lancar-rayuan-ramadhan-untuk-rohingya
  
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DesakboikotSukanSEAdiMyanmar/m/mArticle
 

Kirim email ke