Saya masih tercari-cari fatwa berkaitan
bermain, mengedar, menjual dan membeli mercun. Terutamanya mereka yang bermain
mercun, meriam buluh dan seumpamanya sehingga mengganggu jemaah sedang solat
Isya dan Tarawih di masjid dan surau. 
 
Budak maut stor mercun meletup
 
22 Ogos 2010 - Sebuah rumah lama yang
dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang
Tiga, di sini hari ini, meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia
enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15
meter. Letupan dahsyat pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mayat
mangsa, Khairil Arif Ayub terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah
tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai. Dua lagi mangsa berusia 19 dan
20 tahun cedera parah dengan kaki salah seorang daripadanya hancur.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
 

Kirim email ke