Sarjan Hassan hanya bersekolah pondok
di Kg Sega, Rantau, N.Sembilan. Pernah berguru dengan Mufti
N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad, seorang ulama tasauf yang begitu tawaduk
dari Tarekat Ahmadiah.

Antara sifat zuhud Sarjan Hassan yang
diceritakan dalam rancangan dokumentari khas TV2 ialah bagaimana
Sarjan Hassan yang mempunyai anak yang ramai, ketika waktu makan
apabila selesai makan Sarjan Hassan akan kutip setiap butir nasi yang
disepahkan oleh anak-anaknya atas lantai, dimasukkan ke dalam
pinggannya dan Sarjan Hassan akan memakan nasi tadi. 

Bila ditanya kenapa dia berbuat begitu,
Sarjan Hassan kata itu ialah rezeki Allah, tak elok dibazirkan.

Allahu Akbar, bandingkan dengan sikap
pembaziran kita selama ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang
berbaki 2 hari saja lagi insyaAllah.

Benarlah kata sahabat saya dari
kumpulan tasauf yang lain bahawa untuk menjadi pahlawan Islam,
pejuang Islam perlu ada ilmu tasauf, serta amalkannya. Kalau tidak
berkemampuan untuk belajar ilmu tasauf katanya, dampingilah ahli dan
ulama tasauf, kerana pemimpin Islam yang hebat seperti Salahuddin Al
Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh adalah merupakan ahli tasauf dan
mendampingi ulama tasauf.

Dokumentari penuh Sarjan Hassan di 
http://myklik.rtm.gov.my/component/content/article/13-roksprocket-mosaic/339-dokumentari-khas-sarjan-hassan
 

Kirim email ke