Makluman : Dato Seri Anwar Ibrahim telah selamat bertolak meninggalkan rumahnya di alamat No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara ke German untuk menjalani pembedahan tulang belakangnya di Alpha Klinik, Munich, German. Beliau telah menaiki pesawat Mas MH006 sekitar jam 11.50 malam, tanggal 4 September 2004. Satu konvoi besar-besaran lebih 5000 orang telah mengiringi beliau dari rumahnya ke KLIA. 5 September 6.20 pagi / 12.20 (waktu tempatan) Dato' Seri Anwar telah selamat tiba di Frankfurt, German ramai penyokong dan beberapa pemimpin menyambaut beliau di Lapangan Terbang termasuk Duta Malaysia Ke German Dato' Kamal Ismaun dan pegawai - pegawai kedutaan. Rombongan Dato' Seri Anwar menaiki sebuah lagi pesawat untuk meneruskan perjalanan ke Munich. Dato' Seri Anwar kelihatan amat keletihan. 9.30 pagi / 2.30 petang (waktu tempatan) Rombongan tiba di lapangan terbang Munich, Dato Seri Anwar mengadu terasa amat sakit, beliau terus dikejarkan ke Alpha Clinic menggunakan kenderaan hospital yang telah siap sedia menunggu. Dr. Thomas Hogland menjalankan pemeriksaan MRI dan keputusannya beliau terkejut kerana kecederaan tulang belakang Anwar semakin teruk. Beliau memutuskan akan membuat pembedahan ke atas Anwar pada Isnin, 6 September, 3.00 petang (waktu tempatan). Pembedahan dijangka akan mengambil masa 1 jam setengah.
Ramai penyokong terdiri dari rakyat Malaysia dan beberapa pemimpin dalam dan luar negara telah berada di Munich untuk memberikan sokongan kepada Anwar pada ketika ini. Rakyat di Malaysia diharap dapat mendoakan kesejahteraan dan semoga Anwar segera semboh. sumber sdr. Azmin Ali __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> $9.95 domain names from Yahoo!. Register anything. http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Forum IT-Kelate http://itkelate.tk/ Memetakan Kelantan Dalam IT http://rakan.100free.com IT-Kelantan tidak membenarkan pengiriman sebarang iklan MLM dan Skim cepat kaya atau seumpamanya. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/IT-Kelantan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/