Subject: HALAL FOOD 


 Subject:      HALAL FOOD 

  
Reply from JAKIM 
 
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
    1)McDonald                 2) A&W                      3) Secret Recipe 
 
    Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana 
gagal mematuhi syarat dan piawaian halal : 
    1) Victoria Station        2)Kam Lun Tai            3) Lotus Family 
Restoran 
 
   Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
    1) San Francisco Steakhouse    2)Chicken Rice shop               3)Kiwi 
Express 
 
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah 
mendapat pengesahan halal JAKIM 
 
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM 
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau 
Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali 
kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya 
disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
 
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh 
Syarikat Sin Mah S/B,  syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM. 
 
3. Assalamualaikum. Terima Kasih Pada yang bertanya,  Mewarnakan rambut dr segi 
hukum syarak terbagi kepada : 
   1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus 
bagi yang berpenyakit sahaja 
   2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda 
   3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua  
   4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan 
   5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami. 
 
Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis 
yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi 
persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ?? Pewarna rambut yang 
dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENTDYE atau SEMI PERMANENT 
DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak 
menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga 
sebaliknya..  JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk 
pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM 
hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia sahaja.
Wassalam
 
4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah 
berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari 
syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft 
gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, 
Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, 
kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa 
bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau 
tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah 
produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan 
pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka Coffee 
Bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak 
pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status 
kehalalan makanan/minuman yang disediakan.
 
6. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan 
halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan 
makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
 
7. Soalan: 
Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada 
papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. Saya juga ingin 
tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal 
(walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan's, Spring Garden,Rain Nudle House, 
Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy 
Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), 
Chinoz On the Park, Dome Cafe, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of 
Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
 
Jawapan: 
Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan 
halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
 
8. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama 
Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak 
pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. 
King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, status makanan yang 
disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan 
halal JAKIM,  manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan 
pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal 
JAKIM secara khusus.
 
9. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. 
 
10. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran 
Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk 
yang dijual.
 
11. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball 
dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat 
pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah 
mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi 
peraturan halal JAKIM.
 
12. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan 
semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah 
memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan 
bahan/produk di tempat tersebut.



                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Better first dates. More second dates. Yahoo! Personals 

[Non-text portions of this message have been removed]



Memetakan Kelantan Dalam IT
http://rakan.100free.com

PERINGATAN:
IT-Kelantan tidak membenarkan pengiriman sebarang iklan MLM dan Skim cepat kaya 
atau seumpamanya.  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/IT-Kelantan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke