-------- Original Message --------
Subject: [Fwd: Demam Denggi - Sup Ketam / Air Tembikai (khasiat)]
Date: Wed, 19 Oct 2005 14:56:44 +0800
From: Aqlam Jafri <[EMAIL PROTECTED]>
Organization: MIMOS Semiconductor Sdn. Bhd.
To: rajman <[EMAIL PROTECTED]>, Mohd Faizal <[EMAIL PROTECTED]>, Nor
Hayati Ishak <[EMAIL PROTECTED]>, Lady Lili <[EMAIL PROTECTED]>



> Tahun 2002, bacaan platlet darah anak sulong aku dah jatuh ke 19 dan
> dari wad biasa di pindah masukkan ke ICU SJMC (tempat arwah anak
> sarjen meninggal dua minggu sebelumnya), air hundred plus dah semua
> jenis aku beli tapi satu sudu teh pun susah dia nak minum, kerana asal
> minum muntah, kekadang muntah angin jer. Darah dah 5 pek buat
> transaction (terima kasih kepada penderma dari staff proton) so aku
> macam dah putus harap gak masa tu. Jadi teringatlah makanan kesukaan
> dia iaitu ketam, isteri aku buatkanlah sup ketam. Bagi dia minum
> sesudu habis tetiba selepas 2~3 minit dia minta lagi.
> Aku hairan sebelum ni bagi apa pun tak mau masuk, tak per lah paling
> tidak aku rasa legalah tengok dia nak minum. Sikit2 minum akhirnya
> suku mangkuk habis.
>
> Malam tu check darah lagi tapi kena tunggu esoklah pulak keputusannya.
> Dgn penuh sabar aku tunggu pukul 7.30am esoknya... peh platlet sudah
> naik 21, punya lah seronok. Jam 8.00am doktor datang dia pun terkejut
> dan tanya aku apa dah aku bagi, so hari tu pun aku bagi lagi sup
> ketam... esok dah transfer ke wad biasa. Alhamdulillah lusa pun
> discharge. Anak yg ketiga pulak masuk wad biasa selepas 3 hari kakak
> dia keluar, teringatkan sup ketam bagi lah dia minum, tup tup lusa
> discharge.
>
> Tahun 2003, adik perempuan aku dan suaminya masuk hospital klang pasal
> denggi jugak lantas aku suruh mak mertua dia buat sup ketam, dua hari
> lepas tu keluar wad, dan pada masa dia dlm wad tu anak sulong dia pun
> ada demam, nenek dia bagilah makan maka tak jadi masuk wad pasal demam
> dah berkurangan.
>
> Jadi dah banyak jugaklah kesahihan sup ketam ni dapat memulihkan
> pesakit denggi ni, jadi aku dah war war kan kat sedara mara dan rakan
> sekerja proton.
>
> Selamat mencuba, walau apa pun kalau Allah izinkan apa penyakit pun
> boleh sembuh, kita hanya mencuba.
>
> Norzaidah bt Mohammad Nor
> Penolong Pegawai Sistem Maklumat Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia
> Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Aras 4 Blok E11, Kompleks
> Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
> 62604 Putrajaya
> Tel: 03-8884 3656
> Fax: 03-8889 5244
>
> ----------------------------------------------------------------------
> --
> -----------------------
>
> Sumber  : SITI [EMAIL PROTECTED]
>
>
> Sup ketam cepat menaikkan pallette darah org yg kena demam denggi.
> Lagi satu air tembikai yg kita blend sendiri tanpa apa-apa campuran,
> air tembikai kosong, takde gula! Ini, Dr HUKM yg ajar saya sekeluarga.
>
> Pengalaman saya menjaga mak dan suami saya (bulan May aritu) kena
> demam denggi ni dlm waktu yg sama byk mengajar saya lebih berhati-
> hati dan lebih tawakkal seperti yg Kak Suria ckp, we always forgot our
> roots & lebih kpd duniawi. Memang masa tu kelam kabut giler sbb tak
> tahu nak kejar mana dulu, mak kat HUKM, suami pulak kena transfer ke
> HBKL sbb rashes dah teruk seluruh badan (depa takut kena denggi
> berdarah so from HUKM they transfer to HBKL), belum criter pasal anak-
> anak yg tinggal dirumah lagi. Tak tahu nak criter la perasaan masa tu,
> Tuhan aje yg tahu. Tapi dgn kuasa Allah, lepas saja mak saya hirup sup
> ketam tu buat makan tengahari, petang dalam pukul 6 Dr ambik darah
> buat ujian, keputusannya keesokkan pagi dan lepas makan tengahari mak
> saya dah boleh keluar, berbanding dengan suami saya yg tak lalu makan
> sup ketam ketika tu, tak usik pun sup ketam tu, pallette darahnya
> semakin menurun sehingga saya paksa hirup sup ketam barula pallette
> darahnya naik. Buat pengetahuan, Dr beritahu saya pallette darah kita
> kalau sekali naik, dia akan terus naik. Lagi satu, minum byk air, tak
> kira la air pun asalkan lebih dari 10L satu hari, ini semua yg saya
> lihat dan bandingkan dari mak dan suami saya.  Mak saya lebih kuat dan
> besemangat untuk baik, bagi aje air apa pun, semua dia minum, 1 hr ke
> tandas sampai 6-10 kali tp nakkan sihat dan cepat discharge dia ikut
> semua nasihat 4 malam aje kat hospital. Suami saya pulak terlampau
> layan sangat sakitnya tu, tak lalu makan, minum byk pun nak muntah
> duduk hospital 7 malam.
>
> Nasihat saya untuk sesiapa yg dah kena agar tidak berulang lagi (sbb
> penyakit ni boleh berulang-ulang 3 hingga 6 bulan dlm masa yg kita
> kena) minum byk air dan kalau boleh minum air tembikai dan sup ketam.
> Dah panjang beno criter ni, akhir sekali saya ingin berkongsi bersama
> dibawah sup ketam simple yang saya buat ketika itu.
>
> SUP KETAM
>
> Bahan :
> Ketam 2 ekor
>
> Bahan :
> 2 biji Buah pelaga
> Kayu manis sepjg jari kelingking
> Sekuntum bunga lawang
> Bawang putih 5 biji ditumbuk
> Halia sebesar ibu jari diketok
> Serbok Lada hitam/lada putih
> 3 cawan air
> Garam secukup rasa
> Minyak untuk menumis
> Bawang goreng, daun sup & daun bawang
>
> Cara :
> Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai
> naik bau, masukkan bawang putih, halia, biarkan seketika. kemudian
> masukkan air, serbok lada & garam, biar mendidih kemudian masukkan
> ketam, biarkan dalam 5-10 minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah
> kemudian matikan api masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang
> yang telah diricih itu.
>
> Note : Saya kurang gemar menggunakan bawang merah utk buat sup ni sbb
> saya sukakan manis dari ketam itu instead dari bawang merah yg kita
> guna.
>


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke