Salam.

Wireless network ni ada macam-macam dan sepatutnya amat mudah untuk di buat. Tapi bila dah dimasukkan syarat
coverage....jadilah amat susah nak di buat. Kena pulak mau sampai 1km.

Untuk coverage jauh (stakat yang ambo tau sajalah ni), ada beberapa cara :

   * buat repeater/access point yang banyak di setiap point yang
     strategik supaya coverage mencapai matlamat (macam celkom, maxis
     buat banyak2 tower untuk coverage GSM)
   * setiap access point tu boleh di luaskan coverage dengan
     menggunakan external antenna (external antenna ni ada pulak
     sukatannya). External antenna dengan dbi yang tinggi lagi
     baguslah. Kalau antenna tu jenis omni, coverage macam lampu di
     rumah, terang sekeliling). Kalau jenis directional, macam lampu
     suluh, terang setempat saja. Antenna pula, akan stabil bila ada
     line-of-sight di antara satu sama lain. Kalau nak guna external
     antenna, kena pastikan model access point yang digunakan tu jenis
     yang boleh support external antenna.
   * Gunakan amplifier untuk menguatkan signal untuk kedua2 input dan
     output. untuk kegunaan domestik ni, kita hanya boleh guna stakat
     100 miliwatt. Boleh guna amplifier untuk kuatkan sampat 500
     miliwatt.  Lagi kuat (lanun punya) sampai 15watt. Tapi perlu
     ingat, microwave oven kat rumah tu juga frekuensi semacam WiFi.
     500 watt dah buleh masak sekor ayam. Undang-undang hanya
     membenarkan maksima 500 miliwatt sahaja, tu pun sekiranya antenna
     kita diletakkan pada ketinggian minimum 10 meter dari tanah. Rujuk
     kepada http://www.mcmc.gov.my untuk detail undang-undang.

ps. hati-hati dengan spesifikasi yang dibuat oleh pengeluar produk. Keupayaan sebenar satu2 produk di "lebih-lebih" kan oleh orang pemasaran. So....Google kan "linksys wrt.... VS dlink xyz...."

Sekian, my 2cents.

Nasarudin Harun




Armour wrote:

cuba lihat link ni

http://www.dlink.com/products/resource.asp?pid=267&rid=790&sec=0 <http://www.dlink.com/products/resource.asp?pid=267&rid=790&sec=0>

Wireless Signal Range* Indoors: Up to 328 feet (100 meters)
Outdoors: Up to 1,312 feet (400 meters)

utk model DWL-G800AP > High Speed 2.4GHz (802.11g) Wireless Range
Extender

pcdepot ada jual "Linksys WAP54G Wireless G Access Point" tp jarak
dia dlm 200meter saja..kalau tak silap la..

--- In IT-Kelantan@yahoogroups.com <mailto:IT-Kelantan%40yahoogroups.com>, "Ediramle Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
>
> Kepada rakan-rakan sekelian,
> Saya nak tanya berhubung access point adakah ada yang dapat
meliputi
> sekitar 1 kilometer atau sekurangnya 800 meter .
>
> Mohon cadangan jenama , atau laman serta kedai yang boleh dirujuk
> berhubung perkara ini
>
> Terima kasih.
>


Kirim email ke