BondaMama@HOME adalah sebuah program bagi mengujudkan jaringan pengasuh bayi 
dan kanak-kanak dari umur 0 hingga 2 tahun.

Dikendalikan oleh
 KDR Services sebuah syarikat yang mengendalikan program Kerja Dari Rumah 
khusus untuk wanita-wanita suri rumah sepenuh masa. Melalui BondaMama@HOME ini 
suri rumah akan dilatih untuk menjadi pengasuh profesional yang memiliki Sijil 
dari Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak (KAAK)
 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) . Pengasuh profesional ini 
kemudiannya akan disenaraikan dilaman web BondaMama yang akan mengiklankan 
perkhidmatan mereka di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Ibu bapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan Pengasuh Profesional bagi menjaga 
dan pengasuh
 anak-anak mereka perlu mendaftar dilaman web BondaMama. Yuran penjagaan dan 
asuhan kanak adalah diantara RM250 hingga RM500 mengikut umur anak dan lokasi.

Semua urusan pemilihan pengasuh dan bayaran yuran diuruskan sepenuhnya oleh KDR 
Services.

Jika anda berminat untuk menjadi PENGASUH PROFESIONAL dibawah program 
BondaMama@HOME sila daftar dilaman web www.bondamama.com. Maklumat lanjut boleh 
salurkan melalui email i...@bondamama.com atau hubungi Puan Fadzillah 
016-3221373


www.bondamama.com


Kirim email ke