From: Majlis Syura Muslimun UK & Eire
Sent: Monday, October 23, 2006 08:37 AM
Subject: Perutusan Raya Majlis Syura Muslimun UK & Eire

 

 

Majlis Syura Muslimun (MSM)
JPMLON PPM 03007

E-mail: [EMAIL PROTECTED]

 

 
Date                : 23rd October 2006
Department    : Pejabat Ameer
Subject            : Perutusan Raya Majlis Syura Muslimun
Link                  : http://msmukeire.multiply.com/journal/item/26 
 
 
Perutusan Raya Majlis Syura Muslimun
 
 َاَللهُُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ 
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاَ. لاَ اِلَهَ إِلاَّّ اللهُ
وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ
 
Assalamualaikum w.b.t
 
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
TaqabbalLahu minna wa minkum.
Kullu am wa antum bi khair.
 
Marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan 1 Syawal dengan seruan takbir dan tahmid sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan kerana telah berjaya menempuh satu ujian, Institusi Ramadhan, dengan penuh rasa kesabaran dan ketaatan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. 
 
Sesungguhnya, Tarbiah Ramadan melatih kita menjadi insan cemerlang. Insan yang bersedia untuk membawa arus perubahan – ar-ruhul jadid - "yang gigih berdakwah, bertarbiah dan mentarbiah”. Walaupun Ramadan telah meninggalkan kita, marilah kita sama-sama pastikan semangatnya tidak hilang, sebaliknya akan terus bercahaya dan menyemarakkan semangat beribadah dan bermujahadah.
 
Didalam kegembiraan kita menyambut kedatangan Syawal, marilah kita bersama-sama mengeratkan semangat ukhuwwah dikalangan kita.“Sesungguhnya ukhuwah adalah syiar dakwah kita, lambang identiti kita yang kita warisi daripada generasi sebelumnya”.
 
Kita perlu merasa amat dukacita dengan keadaan umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan Thailand, Mindanao dan lain-lain yang terus dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan, dan terus dicengkam oleh pihak Zionis dan Imperialis Amerika dan yang bersektutu dengannya.
 
Ingatlah akan tanggungjawab kita untuk terus bingkas bangkit dan berjihad untuk bersama-sama mempertahankan ummah. Ummah sedang menanti Gerakan Islam untuk menerajui perjuangan ini, perjuangan para Anbiya dan Rasul saw. Semoga Tarbiah Ramadhan dan kedatangan Aidul Fitri akan memberi pencetus kebangkitan ummah dan sudah tentunya Gerakan Islam sebagai penunjuk kepada jalan kemenangan...
 
Dr Mohd Hafizal Mohd Yunus
Ameer, Majlis Syura Muslimun UK & Eire
1 Syawal 1427
 
__._,_.___

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila terus diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.





SPONSORED LINKS
Single family home Family home finance Family home mortgage
Family home business Dan

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke