Derita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih 
Dari Ibunya
  
Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin 
beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya 
menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit kuat dan 
dalam sakaratul maut. Ketika berita ini sampai kepada Rasulullah, maka 
Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi 
melihat keadaan Alqomah. Ketika mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus 
mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah , 
tetapi lidah Alqomah tidak dapat menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahwa Alqomah pasti akan mati, maka mereka 
menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan Alqomah. 
Ketika Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal menceritakan segala hal yang 
berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal; "Wahai Bilal 
apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a, " Tidak, ayahnya sudah 
meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya". Kemudian 
Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya dan 
sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia 
datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya". 

Maka ketika Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti yang 
Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; " Aku lebih patut pergi 
berjumpa Rasulullah". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan 
menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah; 
"Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta 
nescaya akan turun wahyu kepadaku". Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan 
Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang, berpuasa 
dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui 
banyaknya". Bertanya Rasulullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab 
ibunya; " Aku murka kepadanya", lalu Rasulullah bertanya; "Mengapa", jawab 
ibunya; "Kerana ia mengutamakan istrinya dari aku, dan menurut kata-kata 
isterinya sehingga ia menentangku". 

Maka berkata Rasulullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci lidahnya dari 
mengucap La iilaa ha illallah", kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal mencari kayu 
api untuk membakar Alqomah. Ketika ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah 
lalu ia bertanya; "Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar putera ku didepan 
mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya". Kemudian berkata Nabi s.a.w; 
"Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu 
mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya", 
demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya, sedekahnya, 
selagi kamu murka kepadanya". Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua 
tangannya; "Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dilangit dan kau Ya 
Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku 
Alqomah".

Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; 
"Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La iilaa 
ha illallah atau tidak". Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ; "Aku khuatir 
kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana aku dan bukan dari 
hatinya". Maka ketika Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara 
Alqomah menyebut; "La iilaa ha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; 
"Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya 
telah menghalangi Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah, 
kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka 
matilah Alqomah pada waktu setelah dia mengucap.

Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata; "Segeralah 
mandi dan kafankan", lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah 
dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat 
Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya 
maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya dari 
padanya ibadat fardhu dan sunatnya.
   










  .

 
                           

       
---------------------------------
Bergabunglah dengan orang-orang yang berwawasan, di bidang Anda di Yahoo! 
Answers

Kirim email ke