Omar Putéh menulis:
Baca dengan baik sejarah perjuangan Rasulullah Nabi Besar Muhammad SAW dan 
hayati sedalam-dalamnya dengan semua indra.
Dan jangan asyik dengan menyebut-nyebut Imam ke Imam itu-itu saja.
Tidakkah anda Drs Hussaini Daud Sp bisa berpikir lagi?  Bukankah Saidina Ali ra 
itu sendiri anak asuhan Nabi Besar Muhammad SAW? 
Kembalilah kepada Al Quranul-Karim dan kembalilah kepada sunnah Muhammad SAW!!! 
Benarkah saudara Drs Hussaini Daud Sp sebagai ummatnya Nabi Besar Muhammad SAW 
atau sebagai ummatnya Saidina Ali ra?



----- Original Message ----
From: husaini daud <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]; lantak@yahoogroups.com; [EMAIL PROTECTED]
Sent: Monday, April 28, 2008 4:58:31 PM
Subject: [Lantak] INI ADALAH AMANAH UNTUK DITERUSKAN KEPADA SIAPAPUN AGAR KELAK 
MENJADISAKSI DIHADAPAN ALLAH SWT (Laman Utama )


SYIAH IMAMIAH 12 PADA ZAMAN GHAIB - KUBRA
 
Maka apakah peranan dan tanggungjawab para syi’ah pada masa kini?
Maka sesungguhnya, adakah kita mendakwa sebagai para syi’ah Imam al-Mahdi AS?
Jika kita mengkaji kehidupan para syi’ah Imam-imam yang suci AS sebelum Imam 
Kedua Belas, dan menyaksikan pengorbanan mereka tanpa sebarang keraguan, kita 
akan menyedari bahawa kita masih lagi tergolong daripada orang-orang yang lalai 
dan lemah.
 
Tidakkah Salman al-Farisi, Abu Dharr al-Ghifari, ‘Ammar ibn Yasir dan Malik 
al-Ashtar menjadi syi’ah Imam Ali Amirul Mu’minin AS dan adakah kita juga 
tergolong kepada para syi’ah Imam Zaman AS?
 
Tidakkah Maytham al-Tammar, yang tidak henti-henti memuji Ali, Amirul Mu’minin, 
merupakan seorang syi’ah Imam Ali AS, dan kita juga yang melalui zaman Imam 
Zaman AS, merupakan syi’ah Imam Mahdi AS?
 
Tidakkah para syuhuda’ Karbala’, yang dengan cinta yang kuat berjihad 
mempertahankan Imam pada ketika itu, Husayn AS, dan mereka ini kemudian mati 
syahid, merupakan para syi’ah Imam Husayn AS, dan kita, yang keberatan 
memberikan harta benda, kehidupan dan lain-lain perkara di jalan Imam pada 
zaman kita kita, adalah para syi’ah Imam Mahdi AS?
 
Adakah peribadi seperti Hisham ibn Hakam, yang mempunyai kemampuan berbahas 
yang luar biasa telah menghancurkan hujah-hujah musuh-musuh Imamah sehingga 
beliau digelar,”Penolong Imam” oleh Imam al-Sadiq AS, merupakan seorang Syi’ah? 
Dan adakah kita juga, yang bermalas-malas menunaikan kewajiban kita untuk 
mengenali Imam pada zaman ini, merupakan para syi’ah?
 
Daripada apa yang kita telah pelajari tentang berita gembira dalam Qur’an dan 
hadith-hadith Nabi SAWAW dan para Imam AS, bahawa Imam Zaman AS mempunyai 
tanggungjawab yang khusus yang tidak dilaksanakan oleh Imam-imam sebelumnya. 
Imam Zaman AS akan mendirikan Daulah Islamiyyah di muka bumi ini. Beliau akan 
memenuhi bumi ini dengan kebenaran dan keadilan. Beliau akan menggunakan 
sumber-sumber bumi dan alam sekitar kita ini. Beliau akan memperbaiki dan 
membangunkan bumi ini, dan dengan cara ini kesedaran dan kefahaman umat akan 
meningkat.53
 
Justeru, tidakkah para syi’ah Imam Mahdi AS mempunyai tugas dan tanggungjawab 
yang khusus juga? Tidakkah para syi’ah berusaha untuk mencapai kelayakan dan 
satu piawai untuk menjadi para sahabat Imam Mahdi AS apabila beliau muncul 
kelak dengan kehendak Ilahi?
 
Maka, marilah kita meneliti tugas dan tanggungjawab kita, dan bagaimanakah kita 
akan memenuhinya. Tidak ragu-ragu lagi, tugas pertama kita ialah menyakini 
kehadirannya.
 
Mengenal Imam Zaman AS amatlah penting dan asas seperti mana yang dinyatakan 
dalam hadith Nabi SAWAW:
“Barang siapa yang mati, tetapi tidak mengenal Imam Zamannya maka, mati ia 
dalam keadaan jahiliyyah.”54
Mati dalam keadaan jahiliyyah bermakna mati dalam keadaan sesat dari daripada 
agama Islam dan menyeleweng dari keimanan. Dan amatlah nyata orang yang mati 
tanpa mengenal Imam zamannya keimanannya tidak dikira.
 
Dalam riwayat yang lain, Imam Muhammad al-Baqir AS dipetik berkata:
“Seseorang yang mati tanpa mempunyai Imam, maka mati ia dalam keadaan 
jahiliyyah, dan orang ramai tidak dikecualikan sehingga mereka mengenal Imam 
mereka.”
 
Maka, kita hendaklah berusaha mengenal Imam Zaman AS demi keimanan dan 
keislaman kita, dan supaya kita akan diiktiraf di kalangan orang-orang yang 
memperolehi keselamatan dan di kalangan orang-orang yang beriman.
 
Tugas lain para syi’ah pada zaman Ghaibah Kubra, yang telah diterangkan oleh 
Imam AS ialah bersiap sedia menunggu kedatangan Penyelamat, maka langkah 
pertama untuk menjamin keselamatan adalah mengenal Imam zamannya; dan langkah 
kedua adalah bersiap sedia untuk mendirikan Daulah Yang Adil oleh Imam Mahdi AS.
 
Sesiapa yang menunggu (muntazir) dan menyiapkan dirinya menanti kedatangan Imam 
AS hendaklah mempunyai peribadi dan kelayakan menjadi para sahabat Imam 
al-Mahdi AS dan sanggup mengorbankan diri dan harta benda di jalannya. 
Berdasarkan dalil ini, Imam as-Sadiq AS berkata:
 
“Barang siapa yang menanti perintah kami adalah umpama orang yang berkorban 
darahnya di jalan Allah.”55
Memang benar, barang siapa yang benar-benar bersedia menanti kedatangan Imamul 
‘Asr umpama mati syahid di jalan Allah.
Dalam riwayat yang lain, Imam yang sama menyatakan kepada sebilangan 
pengikutnya tentang peribadi yang merupakan Imam Zaman AS:
 
“Barang siapa yang mati ketika menanti kerajaan al-Qaim adalah umpama orang 
yang berada pada zaman kehadiran al-Qaim (Imam Mahdi AS).”
 
Kemudian beliau AS menambah:
“Tetapi dia umpama orang yang ditetak dengan pedang ketika bersamanya.”
Kemudian, beliau AS menjelaskan lebih lanjut:
 
“Demi Allah! Dia adalah umpama orang yang mati syahid ketika hadir bersama 
Rasulullah SAWAW.”56
Adakah kita dianggap di kalangan orang-orang yang menanti kehadiran Imam Mahdi 
AS? Tidakkah kita sekurang-kurangnya menanti Wali Allah yang telah 
dijanjikanNya seperti mana penantian kita kepada kepulangan orang yang 
tersayang daripada sesuatu perjalanan?
 
Dalam hadith yang lain, Imam Sadiq AS meriwayatkan kelayakan-kelayakan para 
sahabat Imam al-Mahdi AS:
“Jika seseorang ingin menjadi salah seorang sahabat al-Qaim, maka beliau 
hendaklah menanti kehadirannya dan hendaklah ia beramal dengan warak dan akhlak 
yang baik. Maka jika ia mati dan al-Qaim hadir selepas kematiannya, ia mendapat 
balasan umpama orang yang mengikutinya. Maka beramallah dengan 
bersungguh-sungguh dan tunggulah, bahawa usaha dan penantian itu akan 
memberikan kamu nikmat, wahai orang yang telah mendapat keselamatan.”56
 
Maka orang yang sedang menanti kehadiran dan tidak henti daripada usaha yang 
baik hendaklah berusaha untuk mencapai kedudukan yang akan membawa rahmat Allah 
SWT.
 
Maka kita hendaklah berdoa kepada Allah semoga kita termasuk orang-orang yang 
sedang menanti kehadiran Imam Zaman AS dan amalan kita menjadi suatu tanda 
kebenaran dakwaan kita itu. Pertama, kita hendaklah menyiapkan diri kita dengan 
rasa cinta kepada Imam Mahdi AS, dan kemudian kita hendaklah mengajak 
orang-orang lain ke jalannya, juga para musuh-musuhnya. Kita hendaklah mencapai 
tahap keperibadian para sahabat Imam Mahdi AS dan hendaklah sentiasa dalam 
keadaan mengharapkan kemunculannya. 
 
Para Syi’ah hendaklah mempunyai rasa cinta yang kukuh dengan Imam Mahdi AS pada 
ketika Ghaibah.
Hati-hati dan jiwa mereka hendaklah dipenuhi dengan cinta kepadanya.
 
Fikiran mereka hendaklah taat untuk berkhidmat kepadanya dan kehendak diri 
mereka hendaklah sesuai dengan kehendaknya.
Doa-doa mereka hendaklah ke arah mendapatkan rahmat Allah SWT agar dicurahkan 
ke atas Imam Mahdi AS, dan doa-doa mereka hendaklah membawa kepada keselamatan.
 
Kehidupan mereka hendaklah dicerna dan dinyalakan dengan cinta kepadanya.
"Bukankah sudah kusampaikan kepadamu hai bani Adam agar kamu tidak mengikuti 
langkah-langkah syaithan? Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagi kamu. 
Tundukpatuhlah kepadaKu, inilah jalan yang selurus-lurusnya. Betapa banyak 
sudah manusia yang rugi karenanya (syaithan), apakah kamu tidak berpikir? 
Inilah Neraka Jahannam yang dahulu kamu diancam denagnnya. Masuklah kamu hari 
ini kedalamnya, disebabkan kamu dahulu mengingkarinya. Hari ini ditutup mulut 
kamu, tangan dan kaki diminta persaksian terhadap apa yang telah kamu kerjakan 
dahulu" (QS.38 : 60 - 65)


"Bukankah sudah kusampaikan kepadamu hai bani Adam agar kamu tidak mengikuti 
langkah-langkah syaithan? Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagi kamu. 
Tundukpatuhlah kepadaKu, inilah jalan yang selurus-lurusnya. Betapa banyak 
sudah manusia yang rugi karenanya (syaithan), apakah kamu tidak berpikir? 
Inilah Neraka Jahannam yang dahulu kamu diancam denagnnya. Masuklah kamu hari 
ini kedalamnya, disebabkan kamu dahulu mengingkarinya. Hari ini ditutup mulut 
kamu, tangan dan kaki diminta persaksian terhadap apa yang telah kamu kerjakan 
dahulu" (QS.38 : 60 - 65)
”Yang menang belum tentu benar, yang benar pasti menang"
Laman Utama 


________________________________
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.  


      

Kirim email ke