POTENSI *ANAK* GENIUS *ISLAM*  [Pemilihan Benih Genius]
 
Kelahiran anak genius perlu dirancang. Walaupun kemampuan
dan ketinggian akal fikiran merupakan sesuatu yang memang telah
ditentukan oleh Allah, tetapi berusaha untuk mendapatkannya, tidak salah.
 Langkah inilah yang telah diambil oleh para Rasul dan Nabi pada
zaman dahulu. Usaha mereka bermula lebih awal lagi, iaitu sebelum
perkahwinan dijalankan.
 
Rasulullah SAW telah menunjukkan panduan asas untuk mendapatkan
anak genius.
Baginda bersabda, maksudnya ;
 
"Pilihlah tempat yang baik untuk
air mani kamu [keturunan kamu]sesungguhnya urat itu
[keturunan] mempengaruhi."
       
(Ibnu Majah dan Ad Dailami)
 
Dalam riwayat Rasulullah SAW bersabda lagi ;
maksudnya :
 
"Carilah tempat yang sesuai (isteri)
untuk air mani kamu , sebab sesungguhnya
wanita-wanita itu melahirkan orang-orang
yang menyerupai saudara lelaki mereka dan
saudara perempuan mereka.
       
(Ibnu 'Ady dan Ibnu Asakir)
 
Maksud hadis di atas menjelaskan bahawa keturunan sedikit sebanyak
biasanya dipengaruhi oleh pihak ibu. Oleh sebab itu dalam
perkahwinan, diberatkan pemilihan dibuat di pihak isteri dari segala sudut.
Banyak sekali hadis-hadis yang membicarakan tentang sifat-sifat
wanita yang patut dijadikan pasangan untuk menjamin zuriat yang baik.
 
Jarang bahkan kurang hadis membicarakan tentang sifat-sifat
kaum lelaki yang dijadikan pilihan untuk melahirkan zuriat yang baik
(anak genius).
Selain daripada pengaruh keturunan, wanita di antara golongan
yang rapat hubungan dengan anak-anak. Oleh sebab itu betapa
mereka amat ditekankan agar dipilih daripada keturunan
yang baik (beragama).
 
Selain daripada keturunan, Rasulullah SAW juga menggalakkan
para sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau yang tidak
mempunyai hubungan kekeluargaan.
 
Perkahwinan campur sering terjadi di zaman Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Safiyah, wanita keturunan
Yahudi dan Mariah keturunan Qibti. Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya ;
 
"Pilihlah yang jauh dan jangan pilih kerabat yang dekat."              
(Tarbiyyatul Aulad) 
 
 Selain daripada itu, Islam juga telah mengariskan adab-adab
sebelum dan semasa melakukan perhubungan jenis dalam usaha
mendapatkan anak yang soleh dan genius. Ibu bapa perlu membaca
doa sebelum bersetubuh supaya anak yang bakal dilahirkan selamat
daripada gangguan syaitan. Antara adab-adab yang lain, jangan
bersetubuh sewaktu badan terlalu letih atau kenyang, mendahului
persetubuhan dengan cumbu rayu (untuk menjamin kepuasan)
dan lain-lain perkara yang boleh diketahui dengan membaca
kitab-kitab karangan ulama-ulama muktabar zaman dahulu.
 
Hal ini membuktikan betapa seriusnya Islam merancang menyediakan
panduan dan membimbing umatnya untuk mendapat zuriat yang baik.
 
Hasil daripada jalan inilah, generasi salafussoleh dapat melahirkan
ulama seperti Imam Shafie yang hafaz Al-Quran ketika berumur
9 tahun, hafaz ribuan hadis dan syair serta kitab-kitab besar
seperti Al Muwatak. Ilmu yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman
itu lebih luas daripada apa yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman ini.
Pengetahuan mereka merangkumi ilmu dunia dan akhirat.
Imam Ghazali misalnya, bukan sahaja pakar dalam bidang
agama tetapi pakar juga dalam bidang falsafah, astronomi, ekonomi
dan lain-lain.
 
Jumlah umat Islam di dunia hari ini lebih 1,000 juta (hampir
seperempat penduduk dunia). Dengan bilangan seramai itu,
tentu ada anak-anak yang mempunyai akal bertaraf genius.
Mereka itu mesti dicari dan diberi kemudahan secukupnya
untuk menjamin pertumbuhan akal yang sedia baik itu, agar
terus berkembang sehingga dewasa. Didikan dan ilmu mesti
diberikan secara rapi dan bersungguh-sungguh. Pusat-pusat
penempatan dan persekolahan khusus mesti didirikan untuk
memberi bantuan dari segi material jika mereka daripada
anak-anak yang miskin. Masyarakat Islam mesti menghargai
benih-benih genius ini justeru merekalah harapan kepada
kebangkitan ummah Islam pd masa akan datang.
 
Selama ini kita kurang menghargai anak-anak genius.
Kita tidak peka kepada soal yang penting ini. Akibatnya,
anak orang Islam sendiri telah disambar oleh
musuh-musuh Islam dan dilatih untuk menjahanamkan Islam.
 
Sukarno, adalah anak genius Islam yang berjaya dilatih oleh
Belanda untuk menghancurkan ajaran Islam. Idea NASAKOM-nya
ternyata menyeleweng daripada kehendak-kehendak Islam.
Islam tidak pernah dan tidak mungkin berkompromi dengan
komunis atau nasionalis.
 
Begitu juga yang terjadi kepada Babrak Karmal,
anak didik Rusia, musuh utama mujahiddin Afghanistan
sekarang [semasa buku ditulis*].
 
Di bidang penulisan pula, musuh-musuh Islam telah dapat menyiapkan
Hussien Heikal dan Naquib Mahfouz sebagai mata tombak
untuk menikam Islam melalui mata pena. Mengapa ini berlaku?
 
Sebab utamanya ialah umat Islam tidak belajar menghargai
bibit-bibit genius yang tumbuh di dalam masyarakat mereka sendiri.
Dan kesempatan ini telah diragut oleh musuh-musuh Islam.
Akibatnya anak-anak genius Islam telah diperalatkan untuk
menghancurkan Islam.
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana Melahirkan Generasi Genius Berakhlak Mulia
Abu Tolhatul Khair AsSiddiq
PUSTAKA AL IRSHAD Februari 1995


Tiada  yang  lebih   tinggi   dan  indah   dari   Islam...
 

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke