Subject: Al Quran dan Sunnah TIDAK BOLEH DIPISAHKAN

Assalamualaikum wrb
 
Allah telah membekalkan kita Al Quran dan juga As Sunnah atau
Hadis yang perlu kita gunakan sebagai panduan hidup dalam
perjalanan menuju akhirat yang kekal abadi.Terdapat juga
segolongan manusia yang mempertikaikan As Sunnah dan ada
 juga yang menolaknya.
Marilah kita hayati dan memahami penjelasan ringkas dibawah
ini di dalam menangkis pendapat-pendapat golongan
yang menolak As Sunnah.
 
Al Quran Dan Sunnah Tidak Boleh Dipisahkan
Hadis atau Sunnah hakikatnya adalah wahyu juga
tapi mengikut bahasa Nabi Akhir zaman...
 
Ia merupakan penjelasan bagi Al Quran atau mentafsirkan Al Furqan
 
Adakalanya Al Quran menceritakan suruhan, As Sunnah menggambarkan perbuatan
 
Tidak kurang juga adakalanya Al Quran adalah matan, Hadis adalah huraiannya
 
Setengah ayat Al Quran tidak boleh difaham,
Hadis memahamkan atau As Sunnah mentafsirkan
 
Ketika Al Quran menceritakan secara singkat dan ringkas ,
Al Hadis atau As Sunnah memperpanjangkan hingga jelas
dan terang ceritanya atau hukum hakamnya
 
Adakalanya Al Quran menyebut hukum hakam As Sunnah memansuhkan
 
Al Quran juga adakalanya memberitahu secara ringkas,
tidak sebut tempat, tidak sebut nama, As Sunnah atau Hadis mendetailkan hingga jelas
 
Kalau hendak ikut Al Quran sahaja akan tersesat jalan, Al Quran bersifat ilmu bukan perbuatan,
 
As Sunnah menggambarkan perbuatan hingga mudah diamalkan
 
Tuhan Maha Suci daripada perbuatan-Nya hingga menyamai makhluk-Nya,
 
Kerana itulah Rasul melakonkan segala perbuatan yang diperintahkan,
hingga mudah diamalkan, itulah peranan As Sunnah
 
Hamba-hamba Allah yang lain ikut sahaja Rasulullah disegi perbuatan
 
Arahan dari Tuhan sudah disebutkan melalui Al Quran,
 tapi ada kesamaran, Rasul menjelaskan
 
Kalau ada orang mengatakan ikut sahaja Al Quran, As Sunnah diketepikan, dia akan tersesat jalan kebenaran
 
Al Quran dan As Sunnah adalah gandingan,
perlu memerlukan, kuat menguatkan mana boleh dipisahkan
 
Yang satu matan, yang satu lagi tafsiran,
Yang satu membuat arahan,
 yang satu lagi menggambarkan arahan
Matan dan tafsir mana boleh dipisahkan,
Al Quran hanya jadi matan, perlukan tafsiran dari Rasul,
apakah hikmahnya?
 
=> Allah Taala adalah Pemimpin Dia bukan jenis makhluk,
Perlu adanya seorang pemimpin jenis insan melakonkan
Tuhan memimpin hanya memberi ilmu dan arahan,
 
Rasulullah pemimpin berjenis manusia yang melakonkan
untuk ikutan sepanjang zaman
 
Kalau tidak ada pemimpin jenis insan melakonkan,
susahlah Al Quran untuk diamalkan, Tuhan Maha Suci daripada melakonkan
 
Tuhan memang boleh perjelaskan seterang-terangnya di dalam semua hal di dalam Quran, tanpa tafsiran
 
Tapi Tuhan perjelaskan melalui Rasul-Nya yang dikatakan As Sunnah
tentu ada hikmahnya
 
Kerana Tuhan hendak memuliakan Rasul-Nya, maka Rasul menjelaskan Al Quran
 
Kerana Rasul itu kekasihnya, Tuhan mahu disebut nama-Nya,
maka disebut juga nama Rasul-Nya
 
Kalau Allah disuruh sebut selalu, Rasul juga disuruh sebut selalu
Kerana itulah dua kalimah syahadah Tuhan gandingkan nama-Nya dengan nama Rasul-Nya
 
Sebab itulah Tuhan menceritakan di dalam Al Quran hanya matan,
 
Rasul pula mentafsirkan dan menghuraikan
 
Matan dan tafsir berhubung rapat tidak boleh dipisahkan
 
Begitulah peranan As Sunnah bagi mentafsirkan Al Quran
 
Hakikatnya As Sunnah wahyu juga tapi mengikut bahasa Nabi akhir zaman
 
Kalaulah Tuhan Allah jadikan segala-galanya telah dijelaskan oleh Al Quran
 
tanpa perlu As Sunnah lagi sebagai ikutan
 
Bahayanya, orang hanya akan ikut Allah Taala sahaja, dan meninggalkan Rasul-Nya
 
Padahal Rasulullah adalah wakil Tuhan membawa risalah kepada umat
 
untuk menggambarkan secara sikap dan perbuatan
 
Maka mana boleh Rasul dilupakan tanpa dijadikan ikutan?!
 
Ertinya As Sunnah sangat diperlukan!
 
Sekianlah pengertian As Sunnah mengikut pengajaran Islam
 
~Ustaz Ashaari Muhammad~
------------------------------------------------------------------------------------------------
" From Sufyan ibn Uyaina from Ibnu Jurayj from Abu Zubayr
from Abu Salih from Abu Hurayra:
 
The Messenger of Allah, may Allah bless him and give him peace, said,
 
" There will come a time when the people beat the livers of their camels
in search of knowledge and they will not find an 'alim with more
knowledge than the one of 'Madinah' "

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke