---------- Forwarded message ----------
From: ELY HUSSIN <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Fri, 10 Feb 2006 08:44:36 +0800
Subject: Fata at Tamimi...
To: [EMAIL PROTECTED]

Dalam kitab tasawwuf bertajuk Ad Darun Nafis karangan
Syeikh Muhammad Nafis bin Idris ibnul Hussin Al Banjari,
ada tertulis yg berikut...

Sabda Nabi SAW,

Ertinya " Jangan kamu ceritakan kepada manusia akan ilmu yang tidak sampai
kepada akal mereka itu, adakah kamu menghendaki bahawa diperdustakan
oleh mereka itu akan Allah dan RasulNya?'

Berkata lagi Abu Hurairah ra..

Ertinya " Aku memperolehi daripada Rasulullah SAW dua buah bijana ilmu.
Satu daripadanya boleh kunyatakan,
manakala satu lagi, tidak boleh kunyatakannya.
Jika aku menyatakannya,
nescaya halkumku disembelih orang."
.....Riwayat Bukhari.

Telah berkata Zainul A'bidin bin Al Hussin bin Ali bin Abi Talib ra..

Ertinya.." Sesungguhnya aku sembunyikan segala yg indah2 daripada ilmuku,
supaya tidak dilihat oleh orang jahil, maka sudah pasti ia akan
memfitnahkan aku.."

Berkata Sahl bin Abdullah At Atasturi qs
Ertinya " Jangan kamu beritahu kepada orang2 yg baru belajar itu
segala rahsia sebelum tetap
pada mereka itu syariat dan tarikat"

Sebagaimana Nabi Allah Isa as berkata..
" Jangan kamu menggantungkan mutiara pada leher babi."

_______________________________________________________________________________

Saya sebenarnya ingin mengaitkan sekelumit kata2 ilmu yg di atas  ini dengan
satu kejadian yg berlaku lebih 20 tahun lepas..Oleh kerana ia
melibatkan pertemuan
antara orang2 yg berlainan tarikat, maka sebenarnya ia mengukuhkan lagi
antara satu sama lain..dalam hal ini membuktikan kebenaran jemaah
Ustaz Ashaari Muhammad.
Dan saya rasa member2 di group yg saya post ini sudah cukup bijak
utk dapat menerima kejadian ini.

Kejadian benar ini berlaku sebelum Ustaz Ashaari Muhammad [ UAM ] menulis buku
Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam.

Pada suatu hari UAM mendapat surat yg panjang dan tebal [isinya tidak elok]
dari seorang yg tak dikenali.
Semasa itu memang musim fitnah melanda jemaah beliau terutama oleh
Utusan Malaysia.
Dipendekkan cerita akhirnya diketahui yg menulis surat itu adalah
Almarhum Cikgu Maarof,
pengamal Tarekat Naqsybandi yg tinggal di Batu Pahat, Johor.

Lalu UAM menziarahi Cikgu Maarof di rumahnya. Beliau menyambut UAM
dengan penuh terharu,
memeluk UAM dan menangis dalam jangka masa yg cukup lama, hingga basah
baju kedua2nya.
Setelah itu, barulah beliau bersalaman dgn ahli rombongan lain.

Rupa2nya pengamal tarikat Naqsyabandi ini, telah dikurniakan ilmu kasyaf
oleh Allah SWT. Kata almarhum, semasa UAM dalam perjalanan memasuki
rumah beliau, yang mengiringi rombongan tersebut adalah malaikat2 utama
termasuklah Jibril as, Izrail as, Israfil as dll.

Dan malaikat2 telah berbisik kepada almarhum..
'Inilah pejuang2 haq akhir zaman."

Setelah hampir seminggu rumah mereka masih berbau wangi,
hinggakan baju yg digunakan semasa memeluk UAM pun tidak
dibasuh kerana wanginya.Kain lap tangan yg diguna UAM turut berbau wangi.

Inilah antara bukti2 zahir  yg Ustaz Ashaari Muhammad adalah Fata at
Tamimi yg haq..
menurut riwayat kitab2 lama, sebelum era kemenangan FT sebenar,
satu cirinya adalah FT  mengalami kesukaran utk bertutur kata.

Jadi jika ada Fata at Tamimi
palsu seperti Muhammad Abdul Wahab at Tamimi yg dilagang Yahudi sebagai
putra bani Tamim sebenar serta mujaddid penghapus syirik, maka
jika anda percaya dakyah Yahudi itu maka and telah tertipu kerana
Muhammad Abdul Wahhab tidak pernah mengalami kesukaran berbicara..

[ at least in that point..dan anak cucunya pula adalah penyokong Dajal, bukan
musuh nombor satu Dajal]

MZB


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/WXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh 
manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah 
dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan. 
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu 
wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang 
tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas 
yang engkau mampu. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mencintai-islam/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke