Waalaikumsalam saudara CM,
 
[ jika di RI istilah saudara itu
tidak kira ditujukan kpd lelaki atau wanita malah saya lebih suka menggunakannya secara formal]....
 
Maaf, saya tidak menyatakan bahawa testimonial pihak musuh
ini adalah satu hujjah mutlak dan dijadikan inspirasi..ini sekadar pengetahuan sahaja utk sesiapa yg berminat.
 
Sebenarnya ada testimonial2 lain dari orang2 soleh
beserta nama2 mereka termasuklah para murshid
di timur tengah yg telah berbai'ah kpd Ustaz Ashaari
Muhammad, diikuti oleh para pengikut mereka
berjumlah puluhan ribuan orang di dunia Arab sana.
 
Sekadar menyebut negara Iraq, Turki,
Uzbekistan, Maghribi selain Mesir, Jordan dan Arab Saudi.
 
Maaf, saya hanya mengeluarkan khabar yg dikatakan
oleh musuh sahaja..bukan oleh para penyokong
beliau...Adalah kurang bijak jika nama2 mereka disebar
di internet ini walhal pihak perisikan pun boleh
akses dan intercept private e-mail kita...
 
Di negara2 Arab, Utara Afrika serta bekas Russia  tersebut,
para pendukung pergerakan ini [ jemaah Ustaz Ashaari ] tidak menonjolkan
diri di tengah masyarakat seperti di M'sia dan Indonesia atas sebab2
keselamatan. Mereka hanya menumpukan ibadah2 khususiah
seperti berwirid dan berdoa. Kebanyakan mereka
yg memang ahli sufi itu sudahpun menukar wirid
mereka kpd wirid Aurad Muhammadiah.
 
Berkenaan dengan hadis2 mengenai Imam Mahdi yg begitu
sangat banyaknya  memang sudah ada para ulama zaman kita yg mengulasnya,
lengkap dengan intepretasi yg terkini..iaitu di zaman kita ini.
 
Dirujuk kepada kitab2 karangan ulama2 ASWJ sebanyak 74 rujukan,
dibandingkan dengan kitab2 wahabi serta sumber Syiah sebanyak
30 buah serta sumber2 neutral sebanyak 25 buah.
 
Malangnya bahan2 tersebut untuk rujukan eksklusif sahaja,
dan ada yg sudah saya 'cuplik' dalam posting2 terdahulu mengenai
Imam Mahdi.
 
Di sini saya juga mengambil kesempatan bertanya
kepada pihak saudara..atas sesuatu yg menarik ie
www. khilafah.com...itu...berkenaan penegakan sistem khalifah di
seluruh negara rantau Islam utk mengembalikan kekuatan
umat Islam, di mana setakat ini nampaknya setakat OIC sahaja
memang tidak yg boleh diharap2kan. Memanglah sesuatu
yg diimpi2kan oleh umat yg cintakan Islam, merindui
sistem khalifah sejak kejatuhannya pada 1924 akibat
para khalifahnya yg sudah jauh iman dan takwa dari
hati2 mereka hingga dipanggil the Sick Man of Europe
oleh the Ministers of Colony di UK suatu waktu dahulu.
 
Jadi, saya ingin sangat tahu...apakah manifesto yg dilagangkan oleh pihak saudara
berdasarkan kepada dua dalil Hadis dan Al Quran
berikut dan sejauh mana pengaruh
pergerakan ini memberi kesan kpd kekuatan masyarakat
Islam di negara mana ia bertapak? Setahu saya ia agak
kuat di Uzbekistan, England, Indonesia..
 
Dalil Al Quran mengenai sistem khilafah..
 
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman
di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka
sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya
untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah
mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa'
An Nur: 55
 
Dalil Al Hadis
 
Dari Nukman bin Basyir, katanya...
'Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi
dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
 
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
" Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis
Rasulullah tentang para pemerintah?'
 
Huzaifah RA lalu segera menjawab.
" Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu."
 
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna
untuk mendengar hadis berkenaan.
 
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW
telah bersabda.
 
"Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka
berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah
kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki."

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur
Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka
berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah
kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya.
 
Lalu berlakulah
zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah
-
keamiran/beraja /zaman kesultanan )
Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman
penzaliman(Zaman pemerintahan diktator) dan berlakulah
zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam
Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup
Zaman Kenabian."

Kemudian Rasulullah SAW pun diam....
 
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]
 
Berkenaan dengan penaklukan kota Konstantinople...lazimnya..
kepimpinan yg dirangka org2 mukmin selain nabi dan Rasul lazimnya ditunjuki oleh ilham, dengan kasih sayang Allah SWT.
 
Contohnya kepimpinan Khalifah Umar bin Abdul Aziz ra terlebih dahulu diberitahu dan diisyaratkan oleh datuknya Khalifah Umar bin Khattab ra.
 
" Akan lahir dari sulbiku seorang yg akan membawa keamanan yg bertanda  pada dahinya."
 
Sultan Muhammad Al Fateh ditunjuki oleh Allah melalui ilham yg diterima oleh Syamsudin Al Wali - seorang berketurunan Rasulullah SAW, murid Syeikh Bahaudin dari Bukhara, seorang syeikh tariqat Naqsyabandiah.
 
  Suatu hari, Sultan Murad ie ayah Muhd Al Fateh berkata kpd Syamsuddin Al Wali, " Tuan, tolong doakan moga2 Konstantinopel jatuh ke tangan saya.
 
Beliau menjawab. " Bukan di tangan tuan, tetapi di tangan anak tuan yg di dalam buaian itu".
 
Kerana keyakinan Sultan Murad kpd ilham waliAllah tersebut, beliau menyerahkan Sultan Al Fateh utk dididik olehnya, dididik dengan disiplin
tarikat yg tinggi, wirid harus dihabiskan secara istiqamah dan berdisiplin
setiap hari, disusah2kan sejak kecil supaya jiwanya kuat.
 
Ketokohan Imam Syafie juga telah diilhamkan kpd ibunya sendiri serta Imam Malik, dan ketokohan Imam Ghazali diilhamkan oleh ayah beliau sendiri.
 
Tegasnya ilham juga berperanan membantu kekuatan umat Islam sebagai panduan utk berjuang. Mereka yg biasa berjuang secara berjemaah dan mengembara dan bersusah2 tidak kira jemaah apa pun pasti dapat
pengalaman ini..tidak kira ilham itu menyangkut perkara besar atau kecil
 
Wallahualam dan wassalam..
 
==============================================
 
Caring_Mommy  wrote.....
Assalamualaikum,
 
Sekadar dari TIMUR tidak secara qat'ie bermakna Nusantara samada Malaysia, Singapura, Indonesia dll.
 
Testimoni dari Yahudi bukan satu lesen untuk kita terus berIMAN bahawa seseorang individu atau sekelompok individu itu adalah the ULTIMATE saviour. Kemenangan umat Islam menawan Konstantinople dulu juga Nabi tidak sebut siapa, sekadar mengatakan ciri-ciri pemimpin itu. Secara peribadi, mengatakan individu 'itu' dari kawasan 'itu' secara khusus adalah tidak tepat kerana Timur itu terlalu luas untuk diterjemahkan. Bayangkan seluruh kawasan timur dari Hijaz sudah tentu meliputi kawasan yang sangat lsangat uas.
 
Perkhabaran seperti yang dinyatakan dalam hadis adalah berkenaan dengan akidah. Jika ia dari sumber mutawattir - maka jika tidak percaya (tidak beriman) boleh tergelincir akidah tetapi jika dari perkhabaran ahad (hadis ahad) yang mana ujud unsur zhann (percaya < 100%) maka tidak aada masalah dari segi akidah jika tidak percaya. Sekadar percaya tanpa usaha merealisasikan adalah sama dengan percaya Allah akan beri rezeki tetapi malas bekerja dan tunggu orang beri makan sahaja.
 
Kerja buat iaitu aspek hukum syarak itu yang kita kena perhatikan. Adakah kita telah betul-betul meneladani perjalanan dakwah yang dirintis Nabi Muhammad? Adakah hanya sebahagian sahaja  yang kita ambil tetapi ada sebahagian lain kita tidak peduli? Adakah kita meyakini sistem sekular-kapitalis yang melahirkan fahaman seperti demokrasi adalah wadah yang benar untuk merealisasikannya? Adakah kita telah berusaha mengajak semua umat Islam tanpa mengira latarbelakang pendidikan agama, bangsa, kaya, miskin agar ambil Islam? Jadikan Islam sebagai adDeen - cara hidup bukan untuk mengurusi aktiviti ritual sahaja?
 
Banyak hadis berkenaan dengan kemenangan umat Islam termasuk hadis akan muncul kekhilafahan yang beribu kota di Baitul Maqdis sebelum kiamat tetapi kita tidak boleh tunggu dan lihat sahaja. We have to work for it. Ada juga sebahagian orang yang sibuk menghitung hari menunggu kemunculan Imam Mahdi. Sedangkan hadis dari Ummu Salamah mengatakan kemunculan Imam Mahdi adalah setelah kematian seorang khalifah. Maka Imam Mahdi yang namanya Muhammad bin Abdullah telah di baiat di depan Kaabah. Panjang cerita selepasnya cuma yang saya nak tekankan ialah Imam Mahdi hanya ujud setelah kekhilafahan ditegakkan bermakna ada khalifah lain sebelum beliau. So, what are waiting for? Tengok jam dan tunggu & lihat sahaja? atau kita buat sesuatu supaya kekhilafahan yang membawa konotasi pelaksanaan Islam secara Kaffah dikembalikan, sesuai dengan hadis riwayat Ahmad berstatus mutawatir bil makna: ....tsumma takuuunu khilafatan 'ala minhaj nubuwwah. Dan kemudian akan muncul kekhilafahan atas jalan keNABIan..
 
Maaf tulisan saya agak serius sedikit. Sebenarnya saya ingin mengajak umat Islam agar serius memikirkan nasib umat Islam dan tidak hanyut dengan gelombang sekularisme yang penuh dengan harum mawar & warna-warna pelangi...
 
CM - ingin mengajak yang sudi.

 
On 3/7/06, ELY HUSSIN < [EMAIL PROTECTED] > wrote:
Tahun : 1994
Lokasi : Mesir
Individu : wartawan & ahli seni mempertahankan diri Mesir, ASRAF NUMEIRI
dan warga Malaysia: Abdullah Ariffin

Asraf Numeiri sangat memusuhi rejim Zionis Israel. Selalu menghadiri program
jemaah Ustaz Ashaari Muhammad dari Malaysia di Mesir semasa itu.

Dalam satu majlis pertemuan dengan para wartawan,
Asraf telah berkata kepada seorang wartawan Yahudi
yg turut hadir semasa itu...

" Orang2 Arab akan terus berjuang bermati-matian untuk mengusir orang2 Yahudi
dari bumi Palestine. Walau hanya dengan bersenjatakan sebutir batu, orang2 Arab
tidak akan sekali-kali putus asa walaupun terpaksa memakan banyak korban
dan panjang masanya"

Dengan tenang dan nada sinis, wartawan Yahudi itu menjawab...

" Bukan kamu orang Arab yang akan dapat menewaskan kami. Kami telah kenal pasti
bangsa mana yang akan menumpaskan kami, dari mana mereka datang, bagaimana
jemaahnya dan siapa pemimpin mereka."

'Mereka sahaja yg dapat memusnahkan kami, walaupun kami menyorok di
belakang batu
atau pokok kayu!."

Sejak itu jiwa perjuangan Arabnya utk membebaskan Baitul Muqaddis
dari rejim Israel terus mendorongnya utk mencari jawapan dakwaan
wartawan Yahudi tersebut.

Lantas Allah mempertemukan beliau dengan Abdullah Ariffin, seorang
pelajar dan anggota
jemaah Ustaz Ashaari semasa itu yg ingin belajar Bahasa Arab dari beliau.

Dari pergaulan dan 'vision' jemaah ini beserta panduan dari hadis2 hujung zaman
yg diceritakan saudara Abdullah, maka Asraf yakin beliau telah bertemu kaum yg
dimaksudkan wartawan Yahudi tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahun : 1994
Lokasi : Baitul Muqaddis
Pendeta Yahudi dan Jemaah Tabligh Singapura.

Seorang pendeta Yahudi bertanya kepada sekumpulan ahli jemaah Tabligh
yg datang ke
Baitul Muqqadis..

" Siapakah di antara kamu yg datang dari Timur"?

Mereka menjawab : Kami semua datang dari Singapura..

Pendeta : Bukan, maksud saya yg datang dari Malaysia."

Jawaban : Kenapa Malaysia dikatakan sebagai Timur?'

Pendeta : KERANA DI SANA ADA PEMIMPIN YG AKAN MENYERAHKAN
PANJI-PANJI HITAM KEPADA AL-MAHDI"

------------------------------------------------
Sumber : Bhn Bercetak Eksklusif


Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke