Siapa bilang Malaysia OK?!!
 
Rakyat yg selama ini bungkam, didisiplinkan serta dididik untuk tidak
seenaknya berdemonstrasi,
untuk menerima apa sahaja yang diberi kerajaan..
 
 
Namun ada juga segelintir rakyat yg
berdemonstrasi yg sebenarnya dsokong secara senyap
oleh para awam..
 
Mana ada kerajaan sempurna di dunia ini?
 
AAB, pemimpin yang dikatakan 'baik' dan 'Mr Clean Man'
cucu seorang ulama berketurunan Arab
pun terancam kedudukannya.
 
Hakikatnya masyarakat sudah bosan dengan kelemahan
-kelemahan dalam pemerintahan.
 
Tapi bila difikir, jika Pak Lah resign, siapa yang layak
menggantikan tempat beliau.
 
Timbalannya Najib Abdul Razak pun tidak diyakini..
 
Seharian..hanya yang bagus2 dan yang indah2 dihidangkan
di TV dan akhbar2 kerajaan.
 
Segala kelemahan2 ditutup.
Kerajaan desperate untuk mengambil hati rakyat, setelah
harga bahan bakar dinaikkan 30 sen seliter menjadi RM 1.92/liter,
mereka mengumumkan harga mobil pula diturunkan, ?
mereka mengumumkan kerajaan prihatin dengan mutu Bahasa Melayu
yang kononnya dipinggirkan, setelah Bahasa Inggeris di
nobatkan sebagai bahasa pendidikan global..
Apa lagi isu 'ambil hati' selepas ini?
 
Padahal awal tahun ini syarikat PETRONAS memberi
bonus 6 bulan gaji kepada kakitangannya...beberapa bulan,kemudian harga
BBM dinaikkan. Walaupun ia masih murah dari Indonesia,
ia tetap membebankan.
 
Kepala Batas, sebuah daerah di tanah besar Pulau Pinang,
adalah kawasan Parlimen Perdana Menteri.
 
Dengan perginya almarhum isteri beliau baru2 ini,
ramai rakyat merasakan YB Pak Lah akan makin
tertekan.
 
Padahal bukan semua kepincangan yg disembunyikan
itu adalah salahnya..
 
Ini semua kepincangan warisan turun-temurun dari pemimpin2
dahulu, kepincangan pembuat2 dasar yg melupakan
Tuhan..
 
Semoga Allah campur tangan menyelesaikan
masalah majoriti rakyat yang selama ini 'suffering in silence'.....
bukan sahaja masalah ekonomi, malah masalah sosial juga.
 
Hakikatnya hutang negara sebenarnya masih tinggi dan didesak
oleh Bank Dunia utk menyelesaikannya dengan cepat. Sebab itu
saman trafik tiada diskaun, pinjaman pelajaran yg tak seberapa
tu dicanang2 memaksa utk peminjam membayar dengan cepat..
dan bermacam2 lagi..
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Semakin ramai yang desak
Pak Lah [AAB] letak jawatan


KEPALA BATAS: 'Jantung hati' Perdana Menteri, Kepala Batas, kecoh seketika apabila
lebih seribu penunjuk perasaan melaungkan 'Dolah Badawih letak jawatan' dan diikuti dengan
perarakan yang diura-urakan menuju ke kediaman pemimpin utama negara itu, di sini,
Ahad petang.

Terdengar laungan 'ayuh ke rumah Pak Lah' setelah mereka dihalang oleh polis
untuk meneruskan demo 'Protes Sampai Turun' di Kompleks Dato' Kailan, di sini.

Justeru, sekumpulan penunjuk perasaan berjalan kaki dan bermotosikal berarak
di jalan raya diketuai Naib Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Turut serta Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Badrul Hisham Saharin,
Exco Angkatan Muda Fariz Musa, Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang Amizudin
 Ahmat dan beberapa exco pimpinan Angkatan Muda pusat dan negeri.

Kesesakan jalan raya berlaku sejauh kira-kira 1.5 km.

Keadaan itu menimbulkan panik di kalangan anggota polis sehingga memaksa
mereka cuba merampas bendera Keadilan dan kain rentang yang dibawa penunjuk perasaan.

Bagaimanapun, kumpulan itu kemudiannya singgah di luar bangunan Umno Cawangan
Seri Serdang, dan melaungkan 'Dolah Badawi letak jawatan'… 'Protes Sampai Turun,
 sambil memegang kain rentang 'Petronas Untung, Rakyat Rugi'.

Mereka kemudiannya bersurai secara aman kira-kira jam 6.30 petang.

Sebelum itu, pihak polis telah menghalang para penunjuk perasaan meneruskan
demontrasi selepas berlangsung kira-kira 20 minit, setelah mendapati bilangan mereka semakin ramai.

Sebuah meriam air (water cannon) dan lima trak bersiap sedia di situ.

Bercakap pada perhimpunan itu, Shamsul menggesa Abdullah merenung semula kata-kata
nasihat arwah ibunya, Dato' Kailan Hassan, supaya beliau jangan menzalimi dan menganiaya rakyat.

Justeru, katanya Abdullah perlu menyelesaikan masalah rakyat dengan menurunkan
semula harga minyak.

"Sekiranya beliau tidak mampu menyelesaikan masalah ini, kita desak Dolah Badawi
 letak jawatan," laungnya.

Sementara Badrul Hisham berkata, Parlimen telah dimaklumkan kerajaan membelanjakan
sebanyak RM230 ribu sebulan untuk bayaran bil elektrik mahligai Perdana Menteri di Putrajaya.

"Manakala pemimpin yang mahukan rakyat mengubah cara hidup,
(Najib) kos bil elektrik rumahnya sahaja sebanyak RM68 ribu sebulan," jelasnya.

Berikutan itu, Badrul berkata rakyat terseksa sekarang, sekiranya Abdullah tidak
mampu mentadbir negara, rakyat minta Abdullah letak jawatan.

Bagi Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Amizudin pula secara terbuka mencabar Ketua
 Pemuda Umno negeri itu untuk berdebat secara terbuka dengannya berkenaan isu kenaikan
harga minyak.

- sumber http://mindaglobal.forumsplace.com/message90.html


Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke